Halaman

KAMAR RESAH

Tabir Khaizuran 01.45 |

Kucapai pena
lalu melakar
di permukaan helaian hampa
namun jemari mulus kaku.

fikiranku
berlari
dalam kamar resah
memburu sebingkis ilham.

sampai saat
tersandar
di dinding buntu
mencungap sayu...
Read More

SEKEPING KERTAS RONYOK

Tabir Khaizuran 12.51 |


SEKEPING KERTAS RONYOK


Sekeping kertas ronyok
Terguling-guling ditiup angin
bersama debu-debu halus
ke mana hala tujuan?


Aku sekeping kertas ronyok
Adakah berguna lagi?
Jiwaku pasrah,berkecamuk
Dicampak
Dipijak
Dibiarkan melata-lata


Sebelumku dilahirkan semula
Diriku dihias dengan pena
Kalimah-kalimah agung
Teranyam didadaku


Aku sekeping kertas ronyok
Adakah berguna lagi?
Jiwaku kacau bilau
Menggagau
Mencari pencinta
Read More

Anak-anak Palestin

Tabir Khaizuran 06.12 |

Anak-anak Palestin

Ledakan dari pesawat F-15 tidak pernah menggetarkan jiwa

Kuatnya letupan bom, kuat lagi letupan kemarahan

Rentung hati terbakar dek api semangat yang marak menyala

Serpihan-serpihan batu berterbangan tidak pernah membutakan mata

Walau berdiri dengan satu kaki tidak mungkin akan ke rebah


Wahai dunia lihatlah sahaja!!!

Kami pasti lenyapkan mereka yang durjana memijak dan menendang kepala ayah kami

Kami pasti hancurkan mereka yang jahanam memperkosa dan menyembelih ibu kami


Wahai dunia lihatlah sahaja!!!

Mujahid halimunan membantu kami

Tidak perlu hulurkan makanan dan pakaian

Lemparkanlah senjata pasti kami berlonjakkan


Dunia jangan sekali engkau menangis lihatlah sahaja dengan kurnia Allah

Kami anak-anak Palestin bangkit membela

Walau dengan batu dan getah

Walau dengan tertutup sebelah mata

Walau roh sudah tiada

Bumi Palestin tetap kami bela
Read More

Sehelai masa yang berterbangan

Tabir Khaizuran 06.12 |

Sehelai masa yang berterbangan

Sehelai masa yang berterbangan

Ditiup badai yang kian menggila

Kini mencurah air dari awan


Namun tidak mungkin akan berhenti masa

Terus berterbangan tinggi di awangan

Intailah semalam dari satu penjuru hari ini yang kelam

Terperosoknya kepahitan sebuah bingkai kehidupan


Kanak-kanak itu tidak ada salahnya

Huluran tangannya bersama segunung harapan

Mengapa diludah mereka

Compang campingnya bukan kehendak

Hanya lukisan catan dunia


Lepaskan kepak egomu tuan sesaat tiada kerugian

Kanak-kanak di jalanan belalah mereka

Kesudahanmu pasti dengan senyuman

Sehelai masa yang berterbangan

Hanya jinak pada mereka yang berfikiran

Read More

SEMALAM

Tabir Khaizuran 06.10 |

Semalam

Semalam …

Aku masih remaja

Bersama rakan mengilai ketawa

Dosa? Oh … lupakan saja

Serakah merajai jiwa

Semalam …

Aku masih remaja

Memetik gitar di tepi jalanan

Dengan rambut kusut masai

Melolong bersama taulan

Semalam …

Aku masih remaja

Masa depan? Ah … lupakan sahaja

Indahnya saat ini

Tak mungkin akan tua

Hari sudah semakin senja

Kiniku sudah boleh berkira

Andai esok tiada

Ku tidak akan berduka

Kerana semalam sudah ada

Read More

KUTU PENGHISAP DARAH

Tabir Khaizuran 06.08 |

KUTU PENGHISAP DARAH

Aku seekor kutu
hidup di celah-celah bulu
warna hitam bukan berwarna kelabu


Aku kutu penghisap darah
Aku ingin bercerita tentang kutu muda
zaman sekarang bukan macam zaman dulu kala
anak-anak dah bermotor besar dan berkereta
langsung dah tak ingat dunia


Aku kutu bukan manusia
Aku tahu apa erti binasa
Kerana mulut badan binasa
tetapi kutu muda

tidak mengerti bahasa

gadai bangsa gadai negara.


Nasib aku kutu penghisap darah
sudah tua dan kudrat tiada
Kutu rayau,kutu malam dan kutu judi berleluasa
salah siapa?

Read More

DIARI BIRU

Tabir Khaizuran 06.01 |

DIARI BIRU


Teman kala sepi

Tika kususuri alam fatamorgana

Ku coretkan setiap peristiwa semalam

Dengan belaian dan kasih sayang


Diari biru

Sedekad menemaniku

Saban malam

Tika kutumpahkan permata

Tika kulari di awangan


Diari biru

Saat ini … kulepaskan mu

Jangan berduka … diari biru

Hanya dikau di hatiku

Selamat tinggal … diari biru

Read More

Putera 85

Tabir Khaizuran 05.58 |

Putera 85

85 ... sebetulnya 1985

Seorang putera merengek

Kulit kemerahan

Matanya terpejam

Dalam cahaya, dunianya kelam


Si putera cuba membuka mata

Hatinya menari-nari

Setelah lebih 9 purnama terpenjara

Akhirnya melihat dunia


Pekan demi pekan

Purnama demi purnama

Tahun demi tahun

Putera semakin dewasa

Melangkah bagai seorang perwira

Membunuh musuh durjana


Bila putera menjadi raja

Air bah tiba-tiba

Segalanya menjadi huru-hara

Nafsu menewaskan akalnya


Kini

Matanya terpejam

Dunianya kelam

Read More

CINTA SEPI

Tabir Khaizuran 05.52 |

CINTA SEPI

Detik yang menapak sepi

Tersusup peristiwa suci

Andai mampu kuputar waktu

Semalam pilihanku.


Rindu yang berakar

Cinta yang mekar

Tiada akalku

Alpa semalam yang berlalu.


Mungkinkah cinta buta?

Mungkinkah cinta gila?

Aku menyita diri

Menepuk gendang tanpa palunya
Read More

KANVAS USANG BERDARAH

Tabir Khaizuran 00.40 |

KANVAS USANG BERDARAH



Ilham dari manifestasi gharizul baqa

Diwarnai patriotisme yang menyala-nyala

Berus buluh kuffar Barat

Mengotori dada kanvas usang.


Rencam kontradiksi

Retorika nasionalisme

Dari tinta darah korupsi

Cakar ayam di muka kanvas usang


Lakaran arang demokrasi

Coretan pena anti-Semitisme

Nukilan Zionisme…


Kanvas usang menjerit

Mengalirkan darah

Menjenguk perit warna kemanusiaan

Tersimpan dalam antologi berliang-liuk indah

Kanvas usang berdarah…



Read More

TEMPUA TUA

Tabir Khaizuran 22.49 |





TEMPUA TUA


Tempua tua

ke utara ke selatan

mengayuh awan

dialun riang siulan


Tempua tua

lepas lelah seketika

di dahan cemara

sebelum matahari sirna

sayap dikibas sekali dua


Tempua tua

kaki kecilnya terus gigih

cengkam dedahan kering

demi sebuah mahligai impian.

Read More

BUANA SEPI

Tabir Khaizuran 11.27 |




BUANA SEPI

Di sebalik jendela batu

Kulihat mayat tertandus

Hanyir darah menusuk inderaku


Mutiara jernih kekeringan

Jiwa dan sanubari dibasahi jeritan

Disamari raung bedilan


Dimana pertiwi sejati?

Dimana menghilangnya diri?

Dimana daku kini?

Diriku merasa sangsi.

Read More

HUJAN PERMATA

Tabir Khaizuran 11.22 |



HUJAN PERMATA

Berat berarak awan

tidak terbendung beban

lalu permata dibutirkan

dibawa angin dingin

bertaburan di bumi kepingin.


Read More

TERATAI PUTIH

Tabir Khaizuran 01.35 |


TERATAI PUTIH

Teratai putih
kuntum di tengah tasik
pesonamu terserlah
jadi dambaanku

Teratai putih
Terlalu jauh untukku gapai
Terlalu indah untukku sunting
Hanya di pinggiran
Kusisip melankolik

Teratai putih
Mampukah dikau mendengar
Lagu di benakku
Mampukah dikau membaca
Coretan di mindaku

Teratai putih
aku semut jalanan
kuredah tasik asmara, demi cintaku
menuju teratai putihku.

Nukilan: Khairulzuan 0040 180709
Read More

REMANG HUJAN

Tabir Khaizuran 00.56 |




REMANG HUJAN

Sayugia tuan teleku,

Tergiliskah kalbu?

Renyai hujan menyeru.


Pegun tuan membisu,

rintik hujan jamahi ubun,

tegakkan tulang bantingmu!

Renyai hujan menyeru.






Read More