Halaman

Rintik-rintik asmara

Tabir Khaizuran 01.13 |

Rintik-rintik asmara menjamah mesra

pada seraut wajah nan hiba

dalam keterpaksaan mempamer senyum

dan lemah longlai tangan melambai.


Si gadis menyeru dalam lebat tangisnya

"Tinggalkan saja aku dengan luka yang kau tarah!"

Si teruna tidak berpaling lagi

Melambung langkah bersama noda sejarah.


....dan sekaki payung tidak lagi bermakna

tatkala terlepas dari genggaman

terbiar ia basah di jalanan

terus hanyut dibawa deras arus banjir airmata.

Read More

Wahai perawan

Tabir Khaizuran 04.35 |

Wahai perawan yang menawan
kesuma hati sedang membuai rindu
sambil menyanyi-nyanyi lagu
di laman asmaraku.

Wahai perawan engkaulah pujaan
jiwa yang sering terpanah
oleh manis-manisnya senyuman
di fikiran mengundang gundah.

Aku melutut merayu
marilah duduk di sampingku
bersama-sama kita berdua
mengikat janji setia.

Dan esok hari kan kubawa pergi
berlari-lari menuju ke syurgawi
agar kasih ini akan abadi.

Tabir Khaizuran
UPM Serdang
Read More

Peristiwa dalam bas

Tabir Khaizuran 20.36 |

Di dalam perut bas
aku rimas, aku lemas
di tiang, tangan tergenggam kemas
menahan terus menahan
tekanan demi tekanan.

Lembut-lembut pinggul montel
di pehaku menggesel-gesel

Ahhhh...
Tidak! Kenapa harus tegak?
Kenapa tidak kuelak?

Daku punya nipis iman
akan tetapi aku masih siuman

tak akan dibiarkan nafsu ditawan

sayu bujuk-bujukan syaitan.

"Maaf cik, cik tak sengaja kan?"

Kau campak malu lalu tersipu
sedikit beranjak dari tubuhku
aku tunduk memaku bisu
pada lantai bas bertona biru.
Read More

Bila sudah sampai saat

Tabir Khaizuran 14.13 |



Keadaan Kwarf ini membuatkan
mataku tidak pernah berhenti
mendiruskan jernih air tanpa silu
bagaimana tidak, sedangkan
Izrail berdiri tegak di belakangku.

Sempat kukira sekelumit iman tanpa perbuatan
yang selama ini kusisihkan
jauh dari kalbu zakiahku,
Sungguh,
tidak tergambar siksaanMu.
Hanya kini doa saja termampu
agar Ya Rabb limpahkan kesabaran,
keasyikan meniti titian kematian.

Peluh mula menerbit di dahiku
dan setitis dingin mengalir ke seluruh wajah
aku mengerti saat itu kian tiba...

"Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah, dan
Aku bersaksi Nabi Muhamad itu pesuruh Allah"


Inilah noktah kerinduanku terhadapMu ya Allah,
semoga ini dinamakan Husnul Khatimah.


Tabir Khaizuran
UPM Serdang
sumber imej : di
blog ini.
Terima kasih imamdesa.blogspot.com
Read More

Kulukis pelangi di langit angan

Tabir Khaizuran 21.09 |

Izinkanlah diriku mengupas kata

kala dunia di hujung masa

agar menjadi kenang-kenangan

waktu kita bersama, sua berdua

agar kau tahu tiadanya indah

terjalin antara kita.


Usah dikira pelangi yang kulukis

pada langit angan saat edan

kerana ianya sekadar luahan

hatiku yang terguris,

terhiris menjadi keping-keping

dan tak mungkin ingin kau simpan.


Dan pujian yang kau berikan

hanyalah sekadar pisau tajam

yang menikam-nikam ilham

sehingga aku pun terkulai di persisiran

ruang yang kau ciptakan.


Maka aku ingin mengundur diri

kerana diri tidak mampu lagi bereksperisi.

Kupohon maaf sebelum menginjak kaki

esok lusa akan kulukis lagi pelangi

tapi mungkin bukan di sini.

Selamat Tinggal...


Tabir Khaizuran

UPM Serdang,KOSASS

2009

Read More

Cinta Salji Pertama

Tabir Khaizuran 06.27 | , , ,


Tak terucap kata-kata
saat turun salji pertama
hanya mampu kuukir
sekuntum senyum pada bibir.

Kulihat dikau menari-nari
mendepang tanganmu menikmati
betapa indahnya kurniaan Ilahi
membiarkan ikal rambutmu terliputi
putih salji.

Cahaya di wajahmu
memutikkan bunga cinta
terkuntum berseri kelopak rindu
di taman nuraniku.

Dan kekasih salji pertama
kan kupotret di kamar hidupku.

Tabir Khaizuran
Friedrishafen, Jerman
2009
Read More

Mendaki gunung ilmu

Tabir Khaizuran 03.51 |



Andai ingin mendaki gunung ilmu
maka bersiap-sedialah dengan segala peralatan pendakian.
Mungkinkah akan sampai
andai berlenggang kangkung?
Read More

Menanti Kepulangan

Tabir Khaizuran 03.13 |


Masih lagi tersisa ingatan

pada lembut lambai pergimu

bersama redup mata

di jalan tanah merah.


Di sini aku

di tangga pondok usang

berkulat hijau usia termamah

setia menanti mampir senyummu.


Tabir Khaizuran

1800 071109

UPM Serdang

:Kepulanganmu adalah ubat kerinduanku.

Read More

Sekuntum Mawar, Sepohon Bonsai

Tabir Khaizuran 18.48 |




Sekuntum bunga mawar bukan sepohon bonsai yang rela dibentuk bebas.
Sepohon bonsai bukan sekuntum mawar yang dicintai kumbang-kumbang.
Read More

Ruang

Tabir Khaizuran 17.08 |

Dengarkanhurufhurufyangtersusunrapiinimenjerit,
memintaagardiberikanruang.
Perhatikansetiapnyaterhasilmenjadibait
dan,fikirkanapaakanberlakuapabiladiciptakanruang.

Adakah ini puisi?
Pahit!
Read More

Berapa ringgit baru cukup?

Tabir Khaizuran 09.06 |

Satu ringgit
Masih belum cukup untuk membeli
Setin coca-cola

Dua ringgit
Masih belum cukup untuk membeli
Sepek Maggy

Tiga ringgit
Masih belum cukup untuk membeli
Sekotak Dunhill 14

Sepuluh ringgit
Masih belum cukup untuk membeli
Sebuah buku gadis berbikini

Seratus ringgit
Masih belum cukup untuk membeli
Sebuah telefon bimbit Nokia N70

Seribu ringgit
Masih belum cukup untuk membeli
Sebuah laptop emachine D620

Seratus ribu ringgit
Masih belum cukup untuk membeli
Sebuah banglo idaman hati.

Walau ada
Ringgit berjuta-juta
masih belum cukup untuk membeli
Sebuah negeri yang hakiki.

:Bila akan rasa cukup?

Tabir Khaizuran
Bangi
041109
Read More

Di tabir senja

Tabir Khaizuran 09.05 |

sekilas pun tak terlintas pada wajah fikir, di waktu keberadaan menghampar luas di jalan nan panjang, lalu kita acapkali terkadang alpa, lantas diri terhimpit, terjerumus, terperusuk kaku di kotanista.

Saat itu baru ingin mendongak mengumpul kata memohon doa. Seperti sesuatu yang sudah pasti dan barangkali sudah klise membuka kitab di tabir senja.

Read More

1... 2... 3

Tabir Khaizuran 08.54 |

Cerita adalah sama untuk keesokan harinya..

Satu petang

Satu jembalang

Satu berang

Satu pelempang

Satu tendang

Satu terlentang

Satu melayang

Dua malam

Dua param

Dua ragam

Dua terkam

Dua tikam

Dua lebam

Dua tersembam

Tiga pagi

Tiga mati

Read More