Orang asyik tanya aku mana dapat idea menulis? Macamana boleh dapat banyak idea?
Bukan aku hendak merendah-rendahkan Si Penanya. Kan ilham tu datangnya dari Allah. Aku ini hanya menyampaikan melalui ilmu yang sedikit. Itu pun atas izinNya. Segala-galanya adalah kepunyaanNya.
Bila sampai saja ilham aku tidak persiakan. Kalau ada pen atau pensil dan kertas terus saja aku tulis. Kalau waktu tu hanya ada handphone maka aku akan Create Message kemudian Save as Draft. kadang-kadang duduk depan laptop datang idea. Aku terus buka Notepad. Begitulah, idea atau ilham tu datangnya tak kira masa. JAnganlah persiakan.
Dari situ idea yang "raw" aku olah berdasarkan ilmu yang ada. Kadang-kadang peram sehingga seminggu dua minggu. Ada juga berbulan-bulan. Kadang-kadang ada puisi yang sudah siap bila aku lihat semula, ah ini tidak kena. Maka, aku tak teragak-agak untuk membaiki. Begitulah, aku tidak mudah untuk berpuas hati dengan hasil sendiri. Oleh sebab itu, aku mengalu-alukan semua untuk mengkritik karya aku kerana aku ingin belajar. Aku suka belajar dari kegagalan. Dari situ kejayaannya lebih manis.
"Impianku Istana Pasir" aku dapat idea waktu membaca sebuah cerpen sahabat. Aku buka notepad dan terus je curahkan idea tersebut. Inilah idea kasar tersebut. Sekarang ini, aku tidak ada jiwa tuk membaiki. Harap esok-esok Allah permudahkan. Amin.
Masih segar di ingatan, terakhir kali
kita berlari di bibir pantai
dicumbui nipis bayu laut
pesona sore yang menggamit sanubari
menambah cinta pada hati.
Setelah lelah
kita seiring membina istana pasir
ibaratkan impian di masa hadapan
beberapa kali rebah
masih cita-cita kita laksanakan.
Seusai siap
kita sama mengharap
istana pasir seumpama janji
janganlah roboh dihempas ombak
semoga terus teguh sekukuh Statue of Liberty.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)





0 comments:
Post a Comment