Sekadar melayang rasa 5

Tuesday, September 7, 2010

Salam...

Syawal semakin hampir dan Ramadhan semakin berakhir. Betapa kesedihan di hatiku ini terukir. Ramadhan yang aku khuatiri yang terakhir. Ah, Ramadhan itu datang dan pergi. Sedikit yang mengambil kemuliaan Ramadhan dan sedikit yang mensyukuri. Aku ini hamba. Hanya kepadaNyalah aku bermohon agar setiap ibadahku diterima dan diberkati. Amin. Maaf, ini bukan entry untuk ucapan hari raya... :) . Mungkin esok baru ada. Tapi ada ke orang baca? Hehe..Semua dah sibuk angkat beg balik kampung.

Sekitar bulan Ramadhan ini, banyak juga puisi yang terhasil. Antara yang berkaitan dengan Syawal ialah Senandung Bahulu dan Halal-Bilhalal. Manakala yang berkaitan dengan Ramadhan banyak namun yang boleh diambil kira ialah Pertarungan Sembunyi. Pertarungan tersembunyi sebelum tersiar sudah pun diterjemah oleh seorang sahabat iaitu Miss Clarky. Untuk menyesuaikan dengan tema air untuk Kapsule, puisi tersebut telah diubahsuai di rangkap terakhir. Dan tajuknya juga ditukar kepada:-

Title: One Second Soon.
Translator :Miss_Clarky
Author: Tabir Khaizuran



Me and you in fatigue
For every second is war
You never surrender my assaults
Dauntless, you encounter me with your whispers
Even the demons are shackled
What left inside is you


So, I aim my sabre of holy words
To execute you forever
But you hide behind my left flank
You verily my worst enemy

Lust,
These beads of sweat on my forehead shows victory
Off you go when Ezrael carries my soul
One second soon.

*****

Seperti biasa, sehingga di hujung-hujung Ramadhan aku masih lagi belum membuat sebarang persiapan raya. Kuih raya, duit raya, baju raya... apa-apa yang berkaitan raya. Masih satu pun belum kusiapkan. Ramadhan itu masih lagi berterusan di hati. Seakan-akan enggan pergi. Walaubagaimanapun, ia tetap akan pergi jua. Maka, sempena Syawal yang kian menjelma. Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan

"Selamat Hari Raya Aidilfitri. Sepuluh jari disusun santun. Dari hujung rambut ke hujung kaki. Harap maaf dapat diampun. Zahir dan Batin. Minal Aidil Walfaizin."

Kepada yang mengenali diri saya ini, saya memohon kemaafan sekiranya berlaku perselisihan faham dalam entry saya atau ayat-ayat saya yang mengguriskan hati anda. Harap diberikan kemaafan pada diri saya yang amat naif ini. Wassalam.

2 comments:

Kronikel Bento said...

selamat hari raya, maaf zahir batin pak tam! :D

Tabir Khaizuran said...

samala ben..aku pun mohon maaf byk2 kat ko ye...hrp antara kita ni xde la perselihan..

selamat hari raya..berhati-hatila jln raya tu..klu anak2 kata "Bah jgn bawak laju2" ko dgr lah ye...diorg sy ko..

Post a Comment