
Salam muhibbah...
Alhamdulillah. Akhirnya projek yang sekian lama diusahakan berjaya. Kepada mereka yang setia membaca karya saya, ini adalah hadiah istimewa dari saya. Walaupun e-antologi ini tidaklah begitu menakjubkan seperti antologi-antologi yang dikeluarkan pihak lain tetapi inilah satu usaha yang saya lakukan dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas.
Saya akui usaha yang julung-julung dilakukan ini mempunyai kelemahan. Maka, sebarang kritikan atau cadangan sudilah kiranya dimaklumkan di alamat emel saya yang tertera di dalam ruangan biodata.
Tanpa sokongan dari Jojo (Pengasas Kapsitor.net), Caha (Ketua kru pengelola), rakan seperjuangan dan ahli keluarga, saya percaya e-antologi tidak mampu dilancarkan pada masa yang ditetapkan. Syukur ke hadrat Ilahi kerana hadirnya insan-insan seperti anda semua yang sentiasa menghulur tangan memberi bantuan.
E-antologi ini boleh didapati secara percuma. Diulang PERCUMA @ FREE. Tuan-tuan dan puan-puan hanya perlu memuat turun dari link yang disedikan di bawah ini:-
download e-antologi puisi Gerimis Hati - Tabir Khaizuran
Selamat muat-turun!





0 comments:
Post a Comment