Saya Datang Semula..

Thursday, January 6, 2011

Salam...

Rindu sungguh untuk kembali menulis. Kepada pembaca setia blog ini, saya memohon ribuan kemaafan seandainya membuat saudara-saudari tertunggu-tunggu entry terbaru saya. Buat pengetahuan, saya sudah hampir dua bulan bekerja di sebuah syarikat bumiputera.

Buat masa ini saya ditempatkan kat site area Subang. Kerjaya saya bermula dengan pelbagai dugaan. Semoga Allah kuatkan iman saya untuk hadapi ujian ini. Pasti semua orang pernah menghadapi situasi first time kerja. Dengan duit tak cukup, kenderaan nak pergi kerja tak ada. Serba serbi tak cukup. Jadi, sebagai langkah penyelesaian saya membulat tekad menjual aset berharga saya iaitu laptop Acer yang saya beli sewaktu belajar di UPM. Dengan duit tersebutlah saya mengorak langkah ke alam pekerjaan.

Mungkin bukan satu alasan kukuh pada era teknologi internet di mana saja untuk saya katakan bahawa saya tidak dapat online untuk post sesuatu di blog ini. Harap saudara-saudari memahami keadaan saya yang sekarang ini hanya tidur di ofis tempat kerja. Dan, alhamdulillah kompeni memberi sebuah laptop untuk saya gunakan. Tetapi kini, telah saya salahgunakan untuk kepentingan diri. Minta maaf bos..hehe..

Sekian saja sesi mencuri masa waktu kerja. Jumpa lagi..

0 comments:

Post a Comment