Halaman

Kerana Duit

Unknown 22.30 | , ,




kerana duit
suami tertalak cerai

kerana duit
adik-beradik menetak silahturahim

kerana duit
sahabat karib mencampak setiakawan

kerana duit
anak-beranak mencari maut

kerana duit
anak lupa disusukan ibu

kerana duit
bapa menggadai agama

kerana duit
abang melelong adik

kerana duit
kakak terjual maruah

kerana duit
peniaga bermata ringgit

kerana duit
pemerintah jadi buncit

kerana duit
si miskin mengemis

kerana duit
teraniaya si lemah

kerana duit
hamba Allah tersesat jalan
terlupa dunia ini bukan dicipta kerana duit ...

1326 28032012
Tabir Khaizuran
Dca Subang
Read More

Puisi Untuk Kakak

Unknown 23.41 | , ,



Ukhti bergelar suri
jauh nun di pojok negeri
kausemadikan riamu.

Di hatiku menjalar lara
tercari-cari derai tawamu ukthi
dalam balam-balam bayang semalam
tak mudah ketemui
sepertinya sehelai rambut ditenggelamkan salji.

Waktu telah berpergian meninggalkanku
di sini, di negeri dewasa
hanya harapanku yang tertinggal
pada sepotong surah yang kautaranumkan...

“Sesungguhnya engkau (Wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa
yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam) tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah
petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakinya, dan dialah jua yang lebih mengetahui orang-orang yang
mendapat hidayah petunjuk.”
(Surah Al-Qasas: 56)

1443 27032012
Tabir Khaizuran
Dca Subang
Read More

Puisi Buat Isteri I, II, III

Tabir Khaizuran 12.00 | , ,






Puisi Buat Isteri

I


Bagaikan perhiasan terindah di syurga
kilau nan memukau pandang
sesempit ruang hati serasa lapang
yang terbutir dari bibir
adalah kalimah Hamdalah.

II

Tersisiplah kasih saat merenungmu
seperti senyum menjemput bahagia
tersurat dan tersirat ketemu redha, pasti:
Cinta kita kerana Ilahi.

III

Kata-katamu seumpama salji
di jemari seketika cuma
namun
mendingin sanubari, membeku memori
di ruangan rindu seorang suami.

0342 032612
Tabir Khaizuran
Kg Tengah B, Puchong
:Bila cinta keranaNya...
Read More

Monolog untuk kawan

Unknown 19.12 |

Kawanku,
masakin itu tidak hina, fuqara juga tidak keji
lalu untuk apa kau merintih, mencaci Penciptamu?
Dia kan Maha Mengetahui juga Dialah Pemberi rezeki.
Siapa Dia dihatimu?

Janganlah cintaNya dibalas cela
Janganlah rinduNya dibalas benci
untuk apa kesombongan ini kawan?
Andai dari Dia kita datang dan kepadaNya kita kembali...




Read More

Dunya

Tabir Khaizuran 18.35 | , ,

Dunya hodoh sekali. Bagaimana manusia tertarik?

Terleka melayan cintanya hingga masa semakin tua tak tersedar lagi.

Begitu aneh mabuknya.

Lelah memuji dunya, dicumbu pula punggung Khanzab dan Zaknabur.

Tahan sangatkah api Jahanam? Hingga cintaNya dibiar kelam.

Tabir Khaizuran
Puchong
2012
p/s: langau yang busuk dan bising kadang dapat rezeki lebih juga.
Read More

Rezeki

Tabir Khaizuran 09.09 |

Rezeki yang halal harus menjalani jalan yang sukar namun ia begitu manis bila hasilnya dinikmati.
Read More