Pelbagai pintu hanya satu kau perlu:
Sebuah pintu di mana jikalau kau hilang kuncinya, kau tak akan mampu membuatkan ia terbuka selamanya.
Sekalipun kauketuk bagai orang bodoh, kaucoba ceroboh
maka sia-sia saja usahamu. Kaumerintih dan kelaparan lalu apilah makan minummu.
Di kegelapan ini tersedia sudah kompas, tersedia sudah hamparan, dan cahaya yang sentiasa ada di setiap hentian, hanya tinggal langkah ke mana kauorak akan haluannya.
Usah tunggu sangkakala menyeru.Saat ini emaskanlah, cari kunci hingga bersua dan pabila ketemu simpanlah ia kemas di khanah imanmu.
Jangan sampai lepas atau tercicir di kembara hidup. Suatu masa kau sangat perlukannya bagai orang dagang memerlukan uang.
:Ketahui aku adalah hatimu.
07042012
Tabir Khaizuran
Puchong
0 komentar:
Posting Komentar