Halaman

Tampilkan postingan dengan label Koleksi Puisi Rindu. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Koleksi Puisi Rindu. Tampilkan semua postingan

Dingin malam

Unknown 21.30 | ,

Dingin malam

Dengan pandangan sunyi minta ditiduri
ah, ranjang kubiarkan engkau hampa!

2342 24122012
Tabir Khaizuran
Kg Tengah Puchong
Read More

Dia bernama Madah dan aku adalah Pujangga

Unknown 21.33 | , , ,

Dialah kekasih
kerna hadirnya mereda lara hati
kuberikan dia satu nyawa
agar sepi lari menjauh pergi.

Kupakaikan dia sutera aliterasi
tiap pancaindera pasti terpukau kagum
dan dia kini berdiri di depanku
bersama indah seulas senyum.

Dia bernama Madah
dan aku adalah Pujangga.

0113 24122012
Tabir Khaizuran
Kg Tengah Puchong
Read More

Gurun Rindu

Unknown 21.32 | , , ,

Berikan aku selautan kata madah
biar gurun rindu ini basah.

1200 21122012
Tabir Khaizuran
KLIA Main Tower
Read More

Rindu Bertamu

Unknown 21.30 | , ,

Pada sela masa rasa bergejolak
seakan-akan hati ingin terkopak
kerana hangatnya debaran membuak.

Pada saat rindu bertamu
dan kejauhan adalah pemisah cinta
lembaran kelmarin kuselak semula
indah saja tertatap di minda.

Adakala sendirian daku tergelak
terkenang suatu episod ria
bunga loceng kauhias di telingaku
lucunya, aku seorang botak.

Rindu bertamu
kapan-kapan pergi, usahlah
hingga aku dan dia bertemu
menuai kembali kasih lama.

1107 11122012
Tabir Khaizuran
Kg Tengah Puchong
Read More

Mencuci Luka

Unknown 21.28 | , ,


Mencuci luka dengan airmata tidak sesekali menghilangkan parut di hati.

Tabir Khaizuran
Kg Tengah Puchong
2012
Read More

Sesaat selepas hujan

Unknown 21.26 | , , ,

Waktu ini
pelangi menyilang di awan
gerimis baharu berhenti menari
dari ruang petak jendela kaca
kita sama menyaksi kebijaksanaan Ilahi
di celah-celah kesibukan kota
masih ada indah untuk dinikmati.

Kurapatkan kelopak mata seketika
mendalami hangat renggaman tanganmu
terasa seperti ada kasih mengalir,
membajai hati milik seorang suami
dan dari itu berbunga cinta
mekar dengan redha Rabbul Izzati.

0002 05122012
Tabir Khaizuran
SDMC Subang Jaya
: Cinta indah bila hati suci.
Read More

Bicara sebuah ceritera

Unknown 21.20 | , , ,

Bicara sebuah ceritera

Suatu tika dulu
kau pernah bicara:
ombak ini akan berhenti
pada setiap bulan hamil
adalah sebuah ceritera.

Ya, percaya benar aku
hingga kini diri menanti
walau kulit diulit dingin
hati terus setia pada bicaramu.

1356 25112012
Tabir Khaizuran
Kg Tengah Puchong.
Read More

Untuk mereka yang terluka

Unknown 20.22 | , ,

Kumelodikan tangisan hati
setiap jelma suria pagi
agar jiwa siapa bercinta
gegarlah tercari-cari erti.

Kususunkan memori-memori silam
hanya terindah hiasi malam
di titik akhir penantian nanti
moga hadir pemilik mata bersinar rindu

dan kutitiskan kata-kata manis
tiap terik tiap gerimis
pada hati siapa terguris
harap tumbuhlah senyum tawa
dari nanah-nanah luka cinta.

03042011 2000
Tabir Khaizuran
USJ 8
Read More

Aksara rindu

Unknown 10.54 | ,






Kala detik meronta-ronta
ingin kembali ke titik asal
aku dalam diam merakam
aksara rindu yang berterbangan.

Kulihat sinarnya bagaikan suria pagi
ada lokus yang mencuri pandang
dan setiap biasnya menuntun hati.

Kurelakan hati turut terbang
bersama cinta dikandungnya
bersatu dengan aksara rindu
menuju ke sebuah daerah baru:
syurga.

Read More

Cinta Salji Pertama

Tabir Khaizuran 06.27 | , , ,


Tak terucap kata-kata
saat turun salji pertama
hanya mampu kuukir
sekuntum senyum pada bibir.

Kulihat dikau menari-nari
mendepang tanganmu menikmati
betapa indahnya kurniaan Ilahi
membiarkan ikal rambutmu terliputi
putih salji.

Cahaya di wajahmu
memutikkan bunga cinta
terkuntum berseri kelopak rindu
di taman nuraniku.

Dan kekasih salji pertama
kan kupotret di kamar hidupku.

Tabir Khaizuran
Friedrishafen, Jerman
2009
Read More