Halaman

Rintik-rintik asmara

Tabir Khaizuran 01.13 |

Rintik-rintik asmara menjamah mesra

pada seraut wajah nan hiba

dalam keterpaksaan mempamer senyum

dan lemah longlai tangan melambai.


Si gadis menyeru dalam lebat tangisnya

"Tinggalkan saja aku dengan luka yang kau tarah!"

Si teruna tidak berpaling lagi

Melambung langkah bersama noda sejarah.


....dan sekaki payung tidak lagi bermakna

tatkala terlepas dari genggaman

terbiar ia basah di jalanan

terus hanyut dibawa deras arus banjir airmata.

Read More

Wahai perawan

Tabir Khaizuran 04.35 |

Wahai perawan yang menawan
kesuma hati sedang membuai rindu
sambil menyanyi-nyanyi lagu
di laman asmaraku.

Wahai perawan engkaulah pujaan
jiwa yang sering terpanah
oleh manis-manisnya senyuman
di fikiran mengundang gundah.

Aku melutut merayu
marilah duduk di sampingku
bersama-sama kita berdua
mengikat janji setia.

Dan esok hari kan kubawa pergi
berlari-lari menuju ke syurgawi
agar kasih ini akan abadi.

Tabir Khaizuran
UPM Serdang
Read More

Peristiwa dalam bas

Tabir Khaizuran 20.36 |

Di dalam perut bas
aku rimas, aku lemas
di tiang, tangan tergenggam kemas
menahan terus menahan
tekanan demi tekanan.

Lembut-lembut pinggul montel
di pehaku menggesel-gesel

Ahhhh...
Tidak! Kenapa harus tegak?
Kenapa tidak kuelak?

Daku punya nipis iman
akan tetapi aku masih siuman

tak akan dibiarkan nafsu ditawan

sayu bujuk-bujukan syaitan.

"Maaf cik, cik tak sengaja kan?"

Kau campak malu lalu tersipu
sedikit beranjak dari tubuhku
aku tunduk memaku bisu
pada lantai bas bertona biru.
Read More

Bila sudah sampai saat

Tabir Khaizuran 14.13 |



Keadaan Kwarf ini membuatkan
mataku tidak pernah berhenti
mendiruskan jernih air tanpa silu
bagaimana tidak, sedangkan
Izrail berdiri tegak di belakangku.

Sempat kukira sekelumit iman tanpa perbuatan
yang selama ini kusisihkan
jauh dari kalbu zakiahku,
Sungguh,
tidak tergambar siksaanMu.
Hanya kini doa saja termampu
agar Ya Rabb limpahkan kesabaran,
keasyikan meniti titian kematian.

Peluh mula menerbit di dahiku
dan setitis dingin mengalir ke seluruh wajah
aku mengerti saat itu kian tiba...

"Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah, dan
Aku bersaksi Nabi Muhamad itu pesuruh Allah"


Inilah noktah kerinduanku terhadapMu ya Allah,
semoga ini dinamakan Husnul Khatimah.


Tabir Khaizuran
UPM Serdang
sumber imej : di
blog ini.
Terima kasih imamdesa.blogspot.com
Read More

Kulukis pelangi di langit angan

Tabir Khaizuran 21.09 |

Izinkanlah diriku mengupas kata

kala dunia di hujung masa

agar menjadi kenang-kenangan

waktu kita bersama, sua berdua

agar kau tahu tiadanya indah

terjalin antara kita.


Usah dikira pelangi yang kulukis

pada langit angan saat edan

kerana ianya sekadar luahan

hatiku yang terguris,

terhiris menjadi keping-keping

dan tak mungkin ingin kau simpan.


Dan pujian yang kau berikan

hanyalah sekadar pisau tajam

yang menikam-nikam ilham

sehingga aku pun terkulai di persisiran

ruang yang kau ciptakan.


Maka aku ingin mengundur diri

kerana diri tidak mampu lagi bereksperisi.

Kupohon maaf sebelum menginjak kaki

esok lusa akan kulukis lagi pelangi

tapi mungkin bukan di sini.

Selamat Tinggal...


Tabir Khaizuran

UPM Serdang,KOSASS

2009

Read More

Cinta Salji Pertama

Tabir Khaizuran 06.27 | , , ,


Tak terucap kata-kata
saat turun salji pertama
hanya mampu kuukir
sekuntum senyum pada bibir.

Kulihat dikau menari-nari
mendepang tanganmu menikmati
betapa indahnya kurniaan Ilahi
membiarkan ikal rambutmu terliputi
putih salji.

Cahaya di wajahmu
memutikkan bunga cinta
terkuntum berseri kelopak rindu
di taman nuraniku.

Dan kekasih salji pertama
kan kupotret di kamar hidupku.

Tabir Khaizuran
Friedrishafen, Jerman
2009
Read More

Mendaki gunung ilmu

Tabir Khaizuran 03.51 |



Andai ingin mendaki gunung ilmu
maka bersiap-sedialah dengan segala peralatan pendakian.
Mungkinkah akan sampai
andai berlenggang kangkung?
Read More