Read More
Pengikir fikir
Bila hati memahat cemburu
kata-kata terukir mengikir fikir.
2012
Tabir Khaizuran
Puchong
Read More
kata-kata terukir mengikir fikir.
2012
Tabir Khaizuran
Puchong
Memandu Pemandu
Kalau kau menaiki kereta hati
ingin menuju ke Firdausi
kenalilah pemandumu:-
Adakah ia nafsu?
Kalau benar, kau akan melalui jalan sukar:
liku-liku maksiat dan belukar syubhah
berhentilah dan tukar.
Adakah ia akal?
Jika ia, pastikan aqidahmu berada di sisi
takut-takut terbabas
tika jalan basah dek presipitasi ujian .
1036 16042012
Tabir Khaizuran
Dca Subang
Puisi edisi hati
Menjawab jawapan
gelap dalam terang
kotoran nyata terpampang
siapa yang endah?
norma manusiawi kini
terang dalam gelap
asing lagi aneh
dijeling sungguh jelek
dipandang terlalu remeh
gelap dalam gelap
kakulah akal
matilah hati
jawapan dicari tiada
terang dalam terang
tak terlintas pandang
tak dipedulikan
hilang sudah fikiran.
yang mengendahkan sedang melihat
yang memikir mendapat jawapan.
2309 04112012
tabir khaizuran
puchong
Cinta Jalan Makrifat I
Jika kau cinta kau pasti tidak akan berasa takut tetapi jika kau takut adakah kau akan berasa cinta?
Siapa kata cinta itu akan hadir sendiri? Kalau kau tak berusaha mengenali hingga detik melangkahi waktu, akan matilah hati itu.
Tak akan wujud lagi cinta. Indahnya hapus jua.
2312 09042012
tabir khaizuran
Puchong
tabir khaizuran
Puchong
Kunci
Pelbagai pintu hanya satu kau perlu:
Sebuah pintu di mana jikalau kau hilang kuncinya, kau tak akan mampu membuatkan ia terbuka selamanya.
Sekalipun kauketuk bagai orang bodoh, kaucoba ceroboh
maka sia-sia saja usahamu. Kaumerintih dan kelaparan lalu apilah makan minummu.
Di kegelapan ini tersedia sudah kompas, tersedia sudah hamparan, dan cahaya yang sentiasa ada di setiap hentian, hanya tinggal langkah ke mana kauorak akan haluannya.
Usah tunggu sangkakala menyeru.Saat ini emaskanlah, cari kunci hingga bersua dan pabila ketemu simpanlah ia kemas di khanah imanmu.
Jangan sampai lepas atau tercicir di kembara hidup. Suatu masa kau sangat perlukannya bagai orang dagang memerlukan uang.
:Ketahui aku adalah hatimu.
07042012
Tabir Khaizuran
Puchong