Halaman

Laju

Tabir Khaizuran 16.15 |

Laju

laju

lagi laju

boleh laju?

laju lagi laju

sangat laju!

brek

brek!

tak makan

tukar

tukar gear rendah!

tak sempat

darah

merah

melimpah-limpah

kaki,tangan, tengkuk patah

sudah matikah?

sudah..

Read More

Pi... Pi... B

Tabir Khaizuran 16.12 |

Pi… Pi… B

sejam dua puluh satu minit

lampu merah menyala

aku masih berbicara

dewan hampir kosong

sekeras granit ego

lima punya veto

mengangkat punggung.

Pi… Pi… B

tidak mengapa

kau buka surat khabar sambil hirup kopi

esok pagi

“Majlis Keganasan”

“Ketidakadilan”

“Kelas Kedua yang Dibenci”

tajuk utama, aku pasti!

Pi… Pi… B

40 tahun aku menolak

kali ini tidak

Lalu podium ini menjadi saksi

Aku mengoyak

Buku kecil selalu kau pijak!

:aku… takut tidak dan gentar tidak!

Read More

Hasrat

Tabir Khaizuran 16.11 |

Jangan,

Jangan pijak!

Aduh…

Tolong,

Tolong angkat!

Aduh…

Masih jauh

tolong aku, bayu

aku merayu.

boleh sahabatku?

terbangkan aku

ke sisi tong biru.

Read More

Tin Kosong Sebiji

Tabir Khaizuran 16.10 |

Cecair berkarbonat hitam pekat

rakus dihirup tiada sisa lupa disejat

ulang-berulang kali tubuhku digumpal padat

di jalan tar berlopak kasar aku dicampak

jeritan naluriku walau secuit diendah tidak.

Sayang sekali kaki sesempurna itu disalah guna

menendang-nendang aku yang kaku seperti sesia

luka anggotaku seluruh dan hati lara

tergolek ke longkang yang ternoda.

Mujur

sepasang tangan berkedut memahat senyum

sehasta kayu berukir impian bergunung dihulur

menarik ke atas aku dengan mekar sabar

walau gagal berkali-kali dek tangan terketar

akhirnya di kantung harapan kudiam

terlena

dibuai gesekan rantai basikal tua.

Read More

Ina

Tabir Khaizuran 16.07 |

VERSI 1

Ina suatu tika dulu kau
menganyang aku.
Telur tembelang kau lempar,
periuk nasi aku kau ludah.
Kau lupa atau buat-buat lupa?

Ina kali ini kau gertak aku
dengan penyapu.
Kau ingat aku debu,
kau ingin sapu.
Kau ingat aku batu, diam membisu.
Kau lupa tapi tidak aku.

Ina aku sedang melatih semut
yang tidak bersungut,
kelak jangan kau merungut digigit semut
dek kata nista yang enggan kau pungut.

VERSI 2

Satu tika dulu sambil menekan perut,
terbahak-bahak ketawa dan berguling ke lantai,
kau ingat lagi Ina?
tembelang pecah ke mukaku,
ludahmu merebus nasiku;
seperiuk semuanya.
Geli!

Dan gertak kau kali ini
dengan penyapu?
Aku bukan debu, bodoh!
Senang saja kau mahu sapu aku.
Aku bukan bodoh gaya kau,
diam aku bukan aku lupa.

Sedarkah kau Ina?
semut-semut ini: aku melatih mereka.
Cacat mereka tapi kuat.
Kau lihat itu, sungutnya: Tiada!
Aku takut dengar teriakmu,
pasti kau merungut: pasti!
Hingga satu saat kau bongkok,
sorok muka belakang tangan,
tetap enggan kutip sampah nistamu
yang bertaburan serata.

(Ingat Ina, kau kena ingat semua ini.)

KREDIT UNTUK DAYYA. (VERSI 2)

Read More

Melambai Ramadhan

Tabir Khaizuran 16.07 |

Bagaimana harus aku lukiskan kesedihan
pada tapak Ramadhan yang makin menghilang
pada sujud tahajud dan wirid berpanjangan
pada esak tasbih dan zanji tak berkesudahan.

Bagaimana akan aku ukirkan kekaguman
al-lail yang penuh ketakjuban
melihat padaMu sujudnya bulan
dengan tawaduk, kusyuk dan kesungguhan
memuji dan memperbesar kekuasaanMu, Tuhan.

Bagaimana dapat aku pahatkan kegembiraan
setelah nafsu berjaya kutawan
sebulan dengan pedang nikmat kesabaran
dan kepungan dinding iman tak terobohkan.

Andai daya kun faya kun
bisa menjadikan Ramadhan berlanjut-lanjutan
akan kusujud kesyukuran dengan tekun
nazar cintaku padaMu, Ya Rabbul Izzati pemakbul permohonan.

: Ramadhan,
...aku melambai penuh kesyahduan!
Read More

Cikgu Bashir

Tabir Khaizuran 16.03 |

Vroom!
Kereta sport merah memecut laju
menerbangkan debu-debu bersama asap kelabu,
menusuk mata seribu
pedih dan sayu.

Di perhentian bas sekolah lama,
di balik bulat kacamata
Cikgu Bashir mengecilkan prisma pandangnya
dipasak senyum pada raut senja

"Muridku sudah berjaya"


Cecair bermolekul kristal
bergenang di muara mata.
Read More

Pesanan Istimewa buat Dayya

Tabir Khaizuran 16.03 |

Dayyaku
jangan dibiar pena itu kaku
terdampar sayu di atas meja kayu
tatkala tinta yang sering mengalir semakin lesu
dan kertas pulpa di pinggir terdiam bisu.

Dayya, ingatlah sesekali hamba ini berpesan
dicampak jangan, diusir jangan
mereka: pena bertinta biru, kertas pulpa
adalah senjata yang tega menggoncang dunia,
membangkitkan yang terlena,
menegakkan tiang kebenaran dan menyingkir duri kebatilan.

Dayyaku
capailah pena itu dengan tangan iltizammu
hamparkan penuh hemah kalimah pada kertas pulpa
menanti belaian seorang penyair penuh setia,
merindui dingin mandian tinta
dan bergelora jiwa menanti saat lahirnya
sehelai manuskrip memperjuangkan bahasa.
Read More

Warkah buat Aina

Tabir Khaizuran 16.00 |

Kini samudera dan gigi pantai sudah sepi, Aina
pastinya bukan kerana kerap gelora menjelma
atau air laut yang dulunya biru berubah coklat warnanya
tetapi
sepasang tangan yang sudah culas menebar jala
sekeping pundak yang mati berbakti
seperti remis yang tinggal kulit di pesisir.

Aina, ketahuilah olehmu akan aku yang ketandusan buah fikiran
menjemput bulan dan bintang
menyiramkan cahaya cemerlangnya seperti dulu
ke seluruh pelusuk perkampungan kita
gurau senda, tawa ria, dan senyum mesra
di balik samar-samar simbahan sinar tintir
menghirup harum bayu malam dari laut.


Aina, dukacitanya semalam telah pergi
seorang datuk tua yang tiada gantinya di pinggir kampung kita
gagah dan cekal
Pak Mat, si nelayan tua yang tersohor namanya (masihkah kau ingat, Aina?)
bukan adiwira seperti omongan peti hitam elektrik, sedikit pun tidak sama
tapi dialah pejuang yang memerah keringat
menahan panah mentari
menyabung nyawa di tengah lautan
demi sesuap rezeki.

Bagaimanakah kamu di sana, Aina?
pasti di bandarmu melimpah-limpah cahaya
pada pokok-pokok batu yang mencakar langit
dan deru pedati bermotor yang bersusup-sasap
menongkah arus masa
usahlah kau risau, Aina
di sini anak-anak tidak lagi mengira langkah ke sekolah
Joyah dan Jenab?
Mereka sudah membanting tulang di kilang Jepun di Shah Alam
Aku?
Aku masih di sini mencoret seloka untuk warisan anak bangsa.
Read More

Jejaka dan Gadis

Tabir Khaizuran 15.59 |

Seorang jejaka
di sebuah kamar, di atas kerusi malas
dan deru kipas detik berputaran pantas
mengusir debu-debu kenangan lepas
bersama cebisan-cebisan cinta yang terhempas
pada meja kehidupan selendang teralas.

Seorang gadis
dalam bingkai waktu bersalutan emas,
sesawang tersulam menghiasi sisi.
Memerhati sang jejaka dari dinding setia yang merekah usang
dalam kelambu memori edan
dalam bisu yang sering mencengkam
rindu yang terkurung.
Read More

Tujuh malam terakhir Ramadhan

Tabir Khaizuran 15.59 |

Tujuh malam terakhir Ramadhan
langit bersih tanpa hadirnya gemulung awan
bintang-bintang bertaburan memberi senyuman
bulan muncul, retak tempurungnya kelihatan
itulah malam yang diturunkan al-quran
ke Baitul Izzah dari Jami al-Bayyan
Tujuh malam terakhir bulan Ramadhan
Adalah malam yang lebih baik dari seribu bulan
Adalah malam yang penuh kesejahteraan
Dosa-dosa bagai titis-titis hujan berguguran
Itulah malam yang penuh keampunan
Tujuh malam terakhir bulan Ramadhan
Di nanti jangan di nanti

:malam lailatul qadar
Read More

Bintang Biru

Tabir Khaizuran 15.58 |

bilangan yang tak terhitung jemariku
dalam berjuta-juta hanya satu
di dada langit, bintang biru

asyiknya kemilaumu merobek sukma,
menyalai jiwa yang pasti terlara,
mencarik rindu gemalai indera loka

aku ingin kau terus di situ,
dan aku akan terus menanti di sini,
di atas rumah api tiap dinihari
bersama deruan ombak menikam sepi
Read More

Resah

Tabir Khaizuran 15.56 |

hati membeku
dek hujan lebat malam
mengurung aku
Read More

Badar al-Kubro

Tabir Khaizuran 15.56 |

Bermula dari Dzul Usyairah

Bulan ramadhan tahun kedua hijrah

Saat terik mentari memanah

Tiga ratus tiga belas tentera muslimin pantang menyerah

Sembilan ratus lima puluh tentera musyrikin alah

Menyaksikan syahidnya para syuhada dan Saidina Hamzah

Berbahagialah mereka bersiar di syurga, Insyaallah.

Badar al kubro

Menenun semangat persaudaraan Muhajirin dan Ansar

dengan benang taat pada Allah

dengan jarum yakin dan iman

menjadi selembar sejarah nan indah

usah dibiar berdebu di dalam khanah.

Read More

Lenturlah Buluh Dari Rebung

Tabir Khaizuran 15.54 |

Lenturlah buluh dari rebung

Ditangguh kelak tiada berguna

Buluh rosak siapa yang menanggung

Berair mata tiada guna

Lenturlah buluh dari rebung

Esok masak lemak cili api

Waspada langkah tika melentur rebung

Jangan cedera diri sendiri

Lenturlah buluh dari rebung

Miang buluh disingkir rapi

Jangan lupa direndam cuka Pak Maung

Bersih rebung sejuklah mata hati

Read More

Moga Kita Bukan Mereka

Tabir Khaizuran 15.54 |

Mereka…

Biar akal terpijak

Iman tercampak

Ilmu berkerak

Mereka..

bertelinga tapi pekak

bermata tapi buta

bermulut tapi bisu

Mereka..

memandang sepi suruhanNya

meninggi hidung apabila senang memayung

menadah tangan apabila susah bertamu

mereka…

meraba-raba dalam gelap gelita

setelah cahaya api menerangi dipadam

suara mereka gegak gempita

Itu ini itu ini…

Read More

Balada Cinta Kita

Tabir Khaizuran 15.52 |

Tacin Kisah Cinta

Tacin Ini Cinta

Tacin Terlalu Cinta

Tacin Abstrak Cinta

Kita

Cinta Kita

Read More

Ke Alam Barzakh

Tabir Khaizuran 15.52 |

Aku terasa dingin sekali

Saat air menyirami tubuhku

dari kepala hingga ke kaki

Apa semua ini?

Aku terasa panas membakar

bila dipakaikan kain

kain apakah itu?

Aku terdengar Surah Yasin

Aku terdengar esak tangis

Aku terasa ada seseorang mengucup dahiku

Siapa itu?

Aku terasa terapung-apung

Serentak Surah Al-fatihah

Ke mana akan dibawa aku?

Aku terasa bagaikan dihimpap batu-batu

Aku terasa dingin sekali lagi

Aku terdengar namaku dipanggil

Di mana aku?

Read More

Kau aku

Tabir Khaizuran 15.50 |

Kenapa kau
kenapa aku
kenapa kau dan aku
aku dan kau kenapa

kau berair mata berair mata aku
aku berair mata mata air aku
mata air kau berair mata aku
kau dan aku berair mata mata air kau dan aku

kau diam diam aku
aku diam kau diam
kau diam
aku diam
diam...
Read More

Badai Rindu

Tabir Khaizuran 15.49 |

Di atas batu, dipukul bayu
aku terbalikkan waktu
pada saat kita berlari di awan biru
pada saat kita duduk-duduk di pelangi rindu

Di bibir pantai kenanganku
sejambak senyum di lengkung senja ungu
tertitip rindu buatmu
tika kau mengenakan selendang
pada lehermu yang jenjang
indahmu indah Puteri Gunung Ledang
membawaku terbang
diiring irama cinta yang berdendang

air laut yang berdesir
mencumbu kakiku lembut
apa daya tapak cinta kita terhanyut
namun aku masih di sini
tegak menjunjung makhkota cinta, tegak menanti kasih
kasih yang kau bawa pergi
setahun lalu, di atas batu, dipukul bayu
Read More

Cintaku Mati

Tabir Khaizuran 15.49 |

"jangan berharap pada hubungan ini"

setajam pisau belati
katamu menikam hati
sekilas dingin menusuk pipi
lalu terjelopok aku di sini
dalam gerimis tangis

"sayang tak tahu apa erti cinta sejati"

alasanmu acap kali
pada tanyaku; saat kau mungkiri janji, beralih hati
hampir nafasku terhenti
tersandarku pada tiang seri
mencungap mencari erti
sebalik tuturmu yang suci

"maafkan sayang,abang"

setelah bertahun kudihempas gelora asmara
setelah bertahun kuredah lautan cinta
setelah bertahun kuanyam buih kasih kita

akhirnya kau menguntai
kata membuat cintaku mati
selamanya...
Read More

Takhta Jaya(Sempena hari Konvokesyen ke 33 UPM)

Tabir Khaizuran 15.48 |


tiga tahun kugelumang buku
tiga tahun memerah otakku
saat ini adalah nantiku
segak menyarung jubahku
bersama rakan yang lama menunggu,
saban purnama tidak ketemu,
setelah kau temui halatujumu

tiga tahun kugelumang buku
tiga tahun memerah otakku
terima kasih Tuhanku,
mengurnia afiat kepadaku
terima kasih wahai lilin ilmu
kerana cahayamu, aku disini bersama jubahku
terima kasih ayah dan ibu
kerana kasihmu, aku menatang takhta jayaku

tiga tahun kugelumang buku
tiga tahun memerah otakku
lalu tiga saat aku di situ
menyahut seruan pencinta ilmu
menyambut takhta jayaku
bersama sekuntum senyumku, bersama kristal berderai di pipiku...
Read More

Daun Coklat Berlubang

Tabir Khaizuran 15.47 |

Daun coklat berlubang itu
luruhnya dari pepohon keamanan
teroleng-oleng di awangan
lalu mendarat lembut di tepian jalan

daun coklat berlubang itu
lubangnya ditebuk parasit dungu
coklat tanda manisnya disedut melulu

sesekali angin menghembus lalu
tergolek-golek ia ke suatu penjuru
dipijak-pijak sepatu-sepatu
daun coklat berlubang hancur luluh..
Read More

Melaka Baharu(Selamat Menyambut Hari Merdeka ke 52)

Tabir Khaizuran 15.46 |

Merdeka, Merdeka, Merdeka!!!
jeritan batinku
di atas puncak kejayaan negara
yang dicerna hasil tumpahan darah perwira.

Dahulu bangsaku maruahnya
dimamah penjajah
di kaki letaknya
air mata di tanah air terluka.

Sejarah lalu sebuah gedung
yang tersimpan segala pedoman
jangan biarkan ia berdebu
dek jiwa riak dan kemalasan.

Arus modenisasi dan telekomunikasi
deras menghayutkan permata harapan
lemas tanpa sebarang bimbingan
lalu harus siapa disalahkan?

Merdeka, Merdeka, Merdeka!!!
jeritan batinku
di atas puncak kejayaan negara
yang dicerna hasil tumpahan darah perwira.

Malaysiaku Melaka Baharu
ayuh gembleng tenaga bersama
mengeratkan perpaduan kita
demi 1Malaysia
agar merdeka kita selamanya.
Read More

Peri Malim Deman II

Tabir Khaizuran 15.46 |

Arakian merenyuklah Puteri Bongsu
dek alpanya Malim Deman;
berjudi, sabung ayam, bermesra dengan Si Kembang Cina
setelah berhasil baju layangnya,
bersama putera ke Negeri Kayangan.

Galau pundak Malim Deman
mencari cara ke kayangan
mujur Puteri Terus Mata menghulur pertolongan
dipinjam borak milik anak Raja Jin,
Malim Deman lalu terbang ke kayangan.

Sekonyong-konyong di kayangan
dalam sayembara Mambang Molek dialahkan
dengan kekuatan dan kesaktian.

Puteri Terus Mata disunting Malim Deman
berjaya pula memujuk Puteri Bongsu dan puteranya
seiring menuju istana,hidup bahagia dan aman.
Read More

Peri Malim Deman I

Tabir Khaizuran 15.45 |

Syahadan lahirlah putera raja
putera kepada Raja Malim Dewa
Puteri Lindungan Bulan bondanya
Malim Deman gelaran dibawa

Berwari mimpi
seorang tua,janggut panjang, serba putih
ke hulu Sg. Muar disuruh pergi

Bujang Selamat dan anjing pemburuan mengiringi
berlapar dahaga, berpanas berhujan, onak duri dihadapi
kuncunya mati derita yang tak terperi
namun Malim Deman masih melengkangkan kaki

sebagai pengail menyamar
baju layang Puteri Bongsu curiannya berjaya
gundah Puteri Bongsu ingin pulang kayangan
dikahwinkan Nenek Kebayan dengan Malim Deman
Read More

Ruwaibidhah

Tabir Khaizuran 15.34 |

Ruwaibidhah

Disanjung-sanjung

Dileher bunga dikalung

Orang dusta dibilang orang benar

Orang benar dibilang orang dusta

Orang amanah dibilang pengkhianat

Zaman kini zaman tandus

Hegemoni dihapus

Kebebasan bersuara dilupus

Read More

Detik

Tabir Khaizuran 15.33 |

Tik

Tik

Tik

Persis bilah pedang lancip

Tik

Tik
Tik

Detik menusuk sepi..

De

Tik

De

Tik

…………Detik…………

Terhambur darah mereka yang alpa

Read More