Halaman

KAMAR RESAH

Tabir Khaizuran 01.45 |

Kucapai penalalu melakar di permukaan helaian hampanamun jemari mulus kaku. fikirankuberlaridalam kamar resahmemburu sebingkis ilham. sampai saattersandardi dinding buntumencungap sayu......
Read More

SEKEPING KERTAS RONYOK

Tabir Khaizuran 12.51 |

SEKEPING KERTAS RONYOKSekeping kertas ronyokTerguling-guling ditiup anginbersama debu-debu haluske mana hala tujuan?Aku sekeping kertas ronyokAdakah berguna lagi?Jiwaku pasrah,berkecamukDicampakDipijakDibiarkan melata-lataSebelumku dilahirkan semulaDiriku dihias dengan penaKalimah-kalimah agungTeranyam didadakuAku sekeping kertas ronyokAdakah berguna lagi?Jiwaku kacau bilauMenggagauMencari penci...
Read More

Anak-anak Palestin

Tabir Khaizuran 06.12 |

Anak-anak Palestin Ledakan dari pesawat F-15 tidak pernah menggetarkan jiwa Kuatnya letupan bom, kuat lagi letupan kemarahan Rentung hati terbakar dek api semangat yang marak menyala Serpihan-serpihan batu berterbangan tidak pernah membutakan mata Walau berdiri dengan satu kaki tidak mungkin akan ke rebah Wahai dunia lihatlah sahaja!!! Kami pasti lenyapkan mereka yang durjana memijak dan menendang kepala ayah kami Kami pasti hancurkan mereka yang jahanam memperkosa dan menyembelih ibu kami Wahai dunia lihatlah sahaja!!!...
Read More

Sehelai masa yang berterbangan

Tabir Khaizuran 06.12 |

Sehelai masa yang berterbangan Sehelai masa yang berterbangan Ditiup badai yang kian menggila Kini mencurah air dari awan Namun tidak mungkin akan berhenti masa Terus berterbangan tinggi di awangan Intailah semalam dari satu penjuru hari ini yang kelam Terperosoknya kepahitan sebuah bingkai kehidupan Kanak-kanak itu tidak ada salahnya Huluran tangannya bersama segunung harapan Mengapa diludah mereka Compang campingnya bukan kehendak Hanya lukisan catan dunia Lepaskan kepak egomu tuan sesaat tiada kerugian...
Read More

SEMALAM

Tabir Khaizuran 06.10 |

Semalam Semalam … Aku masih remaja Bersama rakan mengilai ketawa Dosa? Oh … lupakan saja Serakah merajai jiwa Semalam … Aku masih remaja Memetik gitar di tepi jalanan Dengan rambut kusut masai Melolong bersama taulan Semalam … Aku masih remaja Masa depan? Ah … lupakan sahaja Indahnya saat ini Tak mungkin akan tua Hari sudah semakin senja Kiniku sudah boleh berkira Andai esok tiada Ku tidak akan berduka Kerana semalam sudah ada...
Read More

KUTU PENGHISAP DARAH

Tabir Khaizuran 06.08 |

KUTU PENGHISAP DARAHAku seekor kutuhidup di celah-celah buluwarna hitam bukan berwarna kelabu Aku kutu penghisap darahAku ingin bercerita tentang kutu mudazaman sekarang bukan macam zaman dulu kalaanak-anak dah bermotor besar dan berkeretalangsung dah tak ingat duniaAku kutu bukan manusiaAku tahu apa erti binasaKerana mulut badan binasatetapi kutu muda tidak mengerti bahasagadai bangsa gadai negara.Nasib aku kutu penghisap darahsudah tua dan kudrat tiadaKutu rayau,kutu malam dan kutu judi berleluasasalah sia...
Read More

DIARI BIRU

Tabir Khaizuran 06.01 |

DIARI BIRUTeman kala sepi Tika kususuri alam fatamorgana Ku coretkan setiap peristiwa semalam Dengan belaian dan kasih sayang Diari biru Sedekad menemaniku Saban malam Tika kutumpahkan permata Tika kulari di awangan Diari biru Saat ini … kulepaskan mu Jangan berduka … diari biru Hanya dikau di hatiku Selamat tinggal … diari b...
Read More

Putera 85

Tabir Khaizuran 05.58 |

Putera 85 85 ... sebetulnya 1985 Seorang putera merengek Kulit kemerahan Matanya terpejam Dalam cahaya, dunianya kelam Si putera cuba membuka mata Hatinya menari-nari Setelah lebih 9 purnama terpenjara Akhirnya melihat dunia Pekan demi pekan Purnama demi purnama Tahun demi tahun Putera semakin dewasa Melangkah bagai seorang perwira Membunuh musuh durjana Bila putera menjadi raja Air bah tiba-tiba Segalanya menjadi huru-hara Nafsu menewaskan akalnya Kini Matanya terpejam Dunianya ke...
Read More

CINTA SEPI

Tabir Khaizuran 05.52 |

CINTA SEPIDetik yang menapak sepi Tersusup peristiwa suci Andai mampu kuputar waktu Semalam pilihanku. Rindu yang berakar Cinta yang mekar Tiada akalku Alpa semalam yang berlalu. Mungkinkah cinta buta? Mungkinkah cinta gila? Aku menyita diri Menepuk gendang tanpa palu...
Read More

KANVAS USANG BERDARAH

Tabir Khaizuran 00.40 |

KANVAS USANG BERDARAHIlham dari manifestasi gharizul baqa Diwarnai patriotisme yang menyala-nyala Berus buluh kuffar Barat Mengotori dada kanvas usang. Rencam kontradiksi Retorika nasionalisme Dari tinta darah korupsi Cakar ayam di muka kanvas usang Lakaran arang demokrasi Coretan pena anti-Semitisme Nukilan Zionisme… Kanvas usang menjerit Mengalirkan darah Menjenguk perit warna kemanusiaan Tersimpan dalam antologi...
Read More

TEMPUA TUA

Tabir Khaizuran 22.49 |

TEMPUA TUATempua tua ke utara ke selatan mengayuh awan dialun riang siulan Tempua tua lepas lelah seketika di dahan cemara sebelum matahari sirna sayap dikibas sekali dua Tempua tua kaki kecilnya terus gigih cengkam dedahan kering demi sebuah mahligai impi...
Read More

BUANA SEPI

Tabir Khaizuran 11.27 |

BUANA SEPI Di sebalik jendela batu Kulihat mayat tertandus Hanyir darah menusuk inderaku Mutiara jernih kekeringan Jiwa dan sanubari dibasahi jeritan Disamari raung bedilan Dimana pertiwi sejati? Dimana menghilangnya diri? Dimana daku kini? Diriku merasa sang...
Read More

HUJAN PERMATA

Tabir Khaizuran 11.22 |

HUJAN PERMATA Berat berarak awan tidak terbendung beban lalu permata dibutirkan dibawa angin dingin bertaburan di bumi keping...
Read More

TERATAI PUTIH

Tabir Khaizuran 01.35 |

TERATAI PUTIHTeratai putihkuntum di tengah tasikpesonamu terserlahjadi dambaankuTeratai putihTerlalu jauh untukku gapaiTerlalu indah untukku suntingHanya di pinggiranKusisip melankolikTeratai putihMampukah dikau mendengarLagu di benakkuMampukah dikau membacaCoretan di mindakuTeratai putihaku semut jalanankuredah tasik asmara, demi cintakumenuju teratai putihku. Nukilan: Khairulzuan 0040 180...
Read More

REMANG HUJAN

Tabir Khaizuran 00.56 |

REMANG HUJANSayugia tuan teleku, Tergiliskah kalbu? Renyai hujan menyeru.Pegun tuan membisu, rintik hujan jamahi ubun, tegakkan tulang bantingmu! Renyai hujan menye...
Read More