Halaman

Laju

Tabir Khaizuran 16.15 |

Laju laju lagi laju boleh laju? laju lagi laju sangat laju! brek brek! tak makan tukar tukar gear rendah! tak sempat darah merah melimpah-limpah kaki,tangan, tengkuk patah sudah matikah? suda...
Read More

Pi... Pi... B

Tabir Khaizuran 16.12 |

Pi… Pi… B sejam dua puluh satu minit lampu merah menyala aku masih berbicara dewan hampir kosong sekeras granit ego lima punya veto mengangkat punggung. Pi… Pi… B tidak mengapa kau buka surat khabar sambil hirup kopi esok pagi “Majlis Keganasan” “Ketidakadilan” “Kelas Kedua yang Dibenci” tajuk utama, aku pasti! Pi… Pi… B 40 tahun aku menolak kali ini tidak Lalu podium ini menjadi saksi Aku mengoyak Buku kecil selalu kau pijak! :aku… takut tidak dan gentar t...
Read More

Hasrat

Tabir Khaizuran 16.11 |

Jangan, Jangan pijak! Aduh… Tolong, Tolong angkat! Aduh… Masih jauh tolong aku, bayu aku merayu. boleh sahabatku? terbangkan aku ke sisi tong bi...
Read More

Tin Kosong Sebiji

Tabir Khaizuran 16.10 |

Cecair berkarbonat hitam pekat rakus dihirup tiada sisa lupa disejat ulang-berulang kali tubuhku digumpal padat di jalan tar berlopak kasar aku dicampak jeritan naluriku walau secuit diendah tidak. Sayang sekali kaki sesempurna itu disalah guna menendang-nendang aku yang kaku seperti sesia luka anggotaku seluruh dan hati lara tergolek ke longkang yang ternoda. Mujur sepasang tangan berkedut memahat senyum sehasta kayu berukir impian bergunung dihulur menarik ke atas aku dengan mekar sabar walau gagal berkali-kali dek tangan...
Read More

Ina

Tabir Khaizuran 16.07 |

VERSI 1Ina suatu tika dulu kaumenganyang aku.Telur tembelang kau lempar,periuk nasi aku kau ludah.Kau lupa atau buat-buat lupa?Ina kali ini kau gertak akudengan penyapu.Kau ingat aku debu,kau ingin sapu.Kau ingat aku batu, diam membisu.Kau lupa tapi tidak aku. Ina aku sedang melatih semutyang tidak bersungut,kelak jangan kau merungut digigit semutdek kata nista yang enggan kau pungut.VERSI 2Satu tika dulu sambil menekan perut,terbahak-bahak ketawa dan berguling ke lantai,kau ingat lagi Ina? tembelang pecah ke mukaku,...
Read More

Melambai Ramadhan

Tabir Khaizuran 16.07 |

Bagaimana harus aku lukiskan kesedihanpada tapak Ramadhan yang makin menghilangpada sujud tahajud dan wirid berpanjanganpada esak tasbih dan zanji tak berkesudahan.Bagaimana akan aku ukirkan kekagumanal-lail yang penuh ketakjubanmelihat padaMu sujudnya bulandengan tawaduk, kusyuk dan kesungguhanmemuji dan memperbesar kekuasaanMu, Tuhan.Bagaimana dapat aku pahatkan kegembiraansetelah nafsu berjaya kutawansebulan dengan pedang nikmat kesabarandan kepungan dinding iman tak terobohkan.Andai daya kun faya kun bisa menjadikan Ramadhan...
Read More

Cikgu Bashir

Tabir Khaizuran 16.03 |

Vroom!Kereta sport merah memecut lajumenerbangkan debu-debu bersama asap kelabu,menusuk mata seribupedih dan sayu.Di perhentian bas sekolah lama,di balik bulat kacamataCikgu Bashir mengecilkan prisma pandangnyadipasak senyum pada raut senja"Muridku sudah berjaya"Cecair bermolekul kristalbergenang di muara ma...
Read More

Pesanan Istimewa buat Dayya

Tabir Khaizuran 16.03 |

Dayyakujangan dibiar pena itu kakuterdampar sayu di atas meja kayutatkala tinta yang sering mengalir semakin lesudan kertas pulpa di pinggir terdiam bisu.Dayya, ingatlah sesekali hamba ini berpesandicampak jangan, diusir janganmereka: pena bertinta biru, kertas pulpaadalah senjata yang tega menggoncang dunia,membangkitkan yang terlena,menegakkan tiang kebenaran dan menyingkir duri kebatilan.Dayyakucapailah pena itu dengan tangan iltizammuhamparkan penuh hemah kalimah pada kertas pulpamenanti belaian seorang penyair penuh setia,merindui...
Read More

Warkah buat Aina

Tabir Khaizuran 16.00 |

Kini samudera dan gigi pantai sudah sepi, Ainapastinya bukan kerana kerap gelora menjelmaatau air laut yang dulunya biru berubah coklat warnanyatetapisepasang tangan yang sudah culas menebar jalasekeping pundak yang mati berbaktiseperti remis yang tinggal kulit di pesisir.Aina, ketahuilah olehmu akan aku yang ketandusan buah fikiranmenjemput bulan dan bintangmenyiramkan cahaya cemerlangnya seperti duluke seluruh pelusuk perkampungan kitagurau senda, tawa ria, dan senyum mesradi balik samar-samar simbahan sinar tintirmenghirup...
Read More

Jejaka dan Gadis

Tabir Khaizuran 15.59 |

Seorang jejakadi sebuah kamar, di atas kerusi malasdan deru kipas detik berputaran pantasmengusir debu-debu kenangan lepasbersama cebisan-cebisan cinta yang terhempaspada meja kehidupan selendang teralas.Seorang gadisdalam bingkai waktu bersalutan emas,sesawang tersulam menghiasi sisi.Memerhati sang jejaka dari dinding setia yang merekah usangdalam kelambu memori edandalam bisu yang sering mencengkamrindu yang terkuru...
Read More

Tujuh malam terakhir Ramadhan

Tabir Khaizuran 15.59 |

Tujuh malam terakhir Ramadhan langit bersih tanpa hadirnya gemulung awan bintang-bintang bertaburan memberi senyuman bulan muncul, retak tempurungnya kelihatan itulah malam yang diturunkan al-quran ke Baitul Izzah dari Jami al-Bayyan Tujuh malam terakhir bulan Ramadhan Adalah malam yang lebih baik dari seribu bulan Adalah malam yang penuh kesejahteraan Dosa-dosa bagai titis-titis hujan berguguran Itulah malam yang penuh keampunan Tujuh malam terakhir bulan Ramadhan Di nanti jangan di nanti :malam lailatul qa...
Read More

Bintang Biru

Tabir Khaizuran 15.58 |

bilangan yang tak terhitung jemarikudalam berjuta-juta hanya satudi dada langit, bintang biruasyiknya kemilaumu merobek sukma,menyalai jiwa yang pasti terlara,mencarik rindu gemalai indera lokaaku ingin kau terus di situ,dan aku akan terus menanti di sini,di atas rumah api tiap diniharibersama deruan ombak menikam s...
Read More

Resah

Tabir Khaizuran 15.56 |

hati membekudek hujan lebat malammengurung ...
Read More

Badar al-Kubro

Tabir Khaizuran 15.56 |

Bermula dari Dzul Usyairah Bulan ramadhan tahun kedua hijrah Saat terik mentari memanah Tiga ratus tiga belas tentera muslimin pantang menyerah Sembilan ratus lima puluh tentera musyrikin alah Menyaksikan syahidnya para syuhada dan Saidina Hamzah Berbahagialah mereka bersiar di syurga, Insyaallah. Badar al kubro Menenun semangat persaudaraan Muhajirin dan Ansar dengan benang taat pada Allah dengan jarum yakin dan iman menjadi selembar sejarah nan indah usah dibiar berdebu di dalam khan...
Read More

Lenturlah Buluh Dari Rebung

Tabir Khaizuran 15.54 |

Lenturlah buluh dari rebung Ditangguh kelak tiada berguna Buluh rosak siapa yang menanggung Berair mata tiada guna Lenturlah buluh dari rebung Esok masak lemak cili api Waspada langkah tika melentur rebung Jangan cedera diri sendiri Lenturlah buluh dari rebung Miang buluh disingkir rapi Jangan lupa direndam cuka Pak Maung Bersih rebung sejuklah mata h...
Read More

Moga Kita Bukan Mereka

Tabir Khaizuran 15.54 |

Mereka… Biar akal terpijak Iman tercampak Ilmu berkerak Mereka.. bertelinga tapi pekak bermata tapi buta bermulut tapi bisu Mereka.. memandang sepi suruhanNya meninggi hidung apabila senang memayung menadah tangan apabila susah bertamu mereka… meraba-raba dalam gelap gelita setelah cahaya api menerangi dipadam suara mereka gegak gempita Itu ini itu i...
Read More

Balada Cinta Kita

Tabir Khaizuran 15.52 |

Tacin Kisah Cinta Tacin Ini Cinta Tacin Terlalu Cinta Tacin Abstrak Cinta Kita Cinta K...
Read More

Ke Alam Barzakh

Tabir Khaizuran 15.52 |

Aku terasa dingin sekali Saat air menyirami tubuhku dari kepala hingga ke kaki Apa semua ini? Aku terasa panas membakar bila dipakaikan kain kain apakah itu? Aku terdengar Surah Yasin Aku terdengar esak tangis Aku terasa ada seseorang mengucup dahiku Siapa itu? Aku terasa terapung-apung Serentak Surah Al-fatihah Ke mana akan dibawa aku? Aku terasa bagaikan dihimpap batu-batu Aku terasa dingin sekali lagi Aku terdengar namaku dipanggil Di mana a...
Read More

Kau aku

Tabir Khaizuran 15.50 |

Kenapa kau kenapa aku kenapa kau dan aku aku dan kau kenapa kau berair mata berair mata aku aku berair mata mata air aku mata air kau berair mata aku kau dan aku berair mata mata air kau dan aku kau diam diam aku aku diam kau diam kau diam aku diam diam...
Read More

Badai Rindu

Tabir Khaizuran 15.49 |

Di atas batu, dipukul bayuaku terbalikkan waktupada saat kita berlari di awan birupada saat kita duduk-duduk di pelangi rinduDi bibir pantai kenangankusejambak senyum di lengkung senja ungutertitip rindu buatmutika kau mengenakan selendangpada lehermu yang jenjangindahmu indah Puteri Gunung Ledangmembawaku terbangdiiring irama cinta yang berdendangair laut yang berdesirmencumbu kakiku lembutapa daya tapak cinta kita terhanyutnamun aku masih di sinitegak menjunjung makhkota cinta, tegak menanti kasihkasih yang kau bawa pergisetahun...
Read More

Cintaku Mati

Tabir Khaizuran 15.49 |

"jangan berharap pada hubungan ini" setajam pisau belatikatamu menikam hatisekilas dingin menusuk pipilalu terjelopok aku di sinidalam gerimis tangis "sayang tak tahu apa erti cinta sejati"alasanmu acap kalipada tanyaku; saat kau mungkiri janji, beralih hatihampir nafasku terhentitersandarku pada tiang serimencungap mencari ertisebalik tuturmu yang suci"maafkan sayang,abang"setelah bertahun kudihempas gelora asmarasetelah bertahun kuredah lautan cintasetelah bertahun kuanyam buih kasih kitaakhirnya kau menguntaikata membuat...
Read More

Takhta Jaya(Sempena hari Konvokesyen ke 33 UPM)

Tabir Khaizuran 15.48 |

tiga tahun kugelumang bukutiga tahun memerah otakkusaat ini adalah nantikusegak menyarung jubahkubersama rakan yang lama menunggu,saban purnama tidak ketemu,setelah kau temui halatujumutiga tahun kugelumang bukutiga tahun memerah otakkuterima kasih Tuhanku,mengurnia afiat kepadakuterima kasih wahai lilin ilmukerana cahayamu, aku disini bersama jubahkuterima kasih ayah dan ibukerana kasihmu, aku menatang takhta jayakutiga tahun kugelumang bukutiga tahun memerah otakkulalu tiga saat aku di situmenyahut seruan pencinta ilmumenyambut...
Read More

Daun Coklat Berlubang

Tabir Khaizuran 15.47 |

Daun coklat berlubang ituluruhnya dari pepohon keamananteroleng-oleng di awanganlalu mendarat lembut di tepian jalandaun coklat berlubang itulubangnya ditebuk parasit dungucoklat tanda manisnya disedut melulusesekali angin menghembus lalutergolek-golek ia ke suatu penjurudipijak-pijak sepatu-sepatudaun coklat berlubang hancur lulu...
Read More

Melaka Baharu(Selamat Menyambut Hari Merdeka ke 52)

Tabir Khaizuran 15.46 |

Merdeka, Merdeka, Merdeka!!!jeritan batinkudi atas puncak kejayaan negarayang dicerna hasil tumpahan darah perwira.Dahulu bangsaku maruahnyadimamah penjajahdi kaki letaknyaair mata di tanah air terluka.Sejarah lalu sebuah gedungyang tersimpan segala pedomanjangan biarkan ia berdebudek jiwa riak dan kemalasan.Arus modenisasi dan telekomunikasideras menghayutkan permata harapanlemas tanpa sebarang bimbinganlalu harus siapa disalahkan?Merdeka, Merdeka, Merdeka!!!jeritan batinkudi atas puncak kejayaan negarayang dicerna hasil tumpahan...
Read More

Peri Malim Deman II

Tabir Khaizuran 15.46 |

Arakian merenyuklah Puteri Bongsudek alpanya Malim Deman;berjudi, sabung ayam, bermesra dengan Si Kembang Cinasetelah berhasil baju layangnya,bersama putera ke Negeri Kayangan.Galau pundak Malim Demanmencari cara ke kayanganmujur Puteri Terus Mata menghulur pertolongandipinjam borak milik anak Raja Jin,Malim Deman lalu terbang ke kayangan.Sekonyong-konyong di kayangandalam sayembara Mambang Molek dialahkandengan kekuatan dan kesaktian.Puteri Terus Mata disunting Malim Demanberjaya pula memujuk Puteri Bongsu dan puteranyaseiring...
Read More

Peri Malim Deman I

Tabir Khaizuran 15.45 |

Syahadan lahirlah putera rajaputera kepada Raja Malim DewaPuteri Lindungan Bulan bondanyaMalim Deman gelaran dibawaBerwari mimpiseorang tua,janggut panjang, serba putihke hulu Sg. Muar disuruh pergiBujang Selamat dan anjing pemburuan mengiringiberlapar dahaga, berpanas berhujan, onak duri dihadapikuncunya mati derita yang tak terperinamun Malim Deman masih melengkangkan kakisebagai pengail menyamarbaju layang Puteri Bongsu curiannya berjayagundah Puteri Bongsu ingin pulang kayangandikahwinkan Nenek Kebayan dengan Malim De...
Read More

Ruwaibidhah

Tabir Khaizuran 15.34 |

Ruwaibidhah Disanjung-sanjung Dileher bunga dikalung Orang dusta dibilang orang benar Orang benar dibilang orang dusta Orang amanah dibilang pengkhianat Zaman kini zaman tandus Hegemoni dihapus Kebebasan bersuara dilu...
Read More

Detik

Tabir Khaizuran 15.33 |

Tik Tik Tik Persis bilah pedang lancip Tik TikTik Detik menusuk sepi.. De Tik De Tik…………Detik………… Terhambur darah mereka yang a...
Read More