Laju
laju
lagi laju
boleh laju?
laju lagi laju
sangat laju!
brek
brek!
tak makan
tukar
tukar gear rendah!
tak sempat
darah
merah
melimpah-limpah
kaki,tangan, tengkuk patah
sudah matikah?
sudah..
Berikanku sebatang pena agar bisa kujadikan senjata.
Laju
laju
lagi laju
boleh laju?
laju lagi laju
sangat laju!
brek
brek!
tak makan
tukar
tukar gear rendah!
tak sempat
darah
merah
melimpah-limpah
kaki,tangan, tengkuk patah
sudah matikah?
sudah..
Pi… Pi… B
sejam dua puluh satu minit
lampu merah menyala
aku masih berbicara
dewan hampir kosong
sekeras granit ego
lima punya veto
mengangkat punggung.
Pi… Pi… B
tidak mengapa
kau buka surat khabar sambil hirup kopi
esok pagi
“Majlis Keganasan”
“Ketidakadilan”
“Kelas Kedua yang Dibenci”
tajuk utama, aku pasti!
Pi… Pi… B
40 tahun aku menolak
kali ini tidak
Lalu podium ini menjadi saksi
Aku mengoyak
Buku kecil selalu kau pijak!
:aku… takut tidak dan gentar tidak!
Jangan,
Jangan pijak!
Aduh…
Tolong,
Tolong angkat!
Aduh…
Masih jauh
tolong aku, bayu
aku merayu.
boleh sahabatku?
terbangkan aku
ke sisi tong biru.
Cecair berkarbonat hitam pekat
rakus dihirup tiada sisa lupa disejat
ulang-berulang kali tubuhku digumpal padat
di jalan tar berlopak kasar aku dicampak
jeritan naluriku walau secuit diendah tidak.
Sayang sekali kaki sesempurna itu disalah guna
menendang-nendang aku yang kaku seperti sesia
luka anggotaku seluruh dan hati lara
tergolek ke longkang yang ternoda.
Mujur
sepasang tangan berkedut memahat senyum
sehasta kayu berukir impian bergunung dihulur
menarik ke atas aku dengan mekar sabar
walau gagal berkali-kali dek tangan terketar
akhirnya di kantung harapan kudiam
terlena
dibuai gesekan rantai basikal tua.
VERSI 1
Ina suatu tika dulu kau
menganyang aku.
Telur tembelang kau lempar,
periuk nasi aku kau ludah.
Kau lupa atau buat-buat lupa?
Ina kali ini kau gertak aku
dengan penyapu.
Kau ingat aku debu,
kau ingin sapu.
Kau ingat aku batu, diam membisu.
Kau lupa tapi tidak aku.
Ina aku sedang melatih semut
yang tidak bersungut,
kelak jangan kau merungut digigit semut
dek kata nista yang enggan kau pungut.
VERSI 2
Satu tika dulu sambil menekan perut,
terbahak-bahak ketawa dan berguling ke lantai,
kau ingat lagi Ina?
tembelang pecah ke mukaku,
ludahmu merebus nasiku;
seperiuk semuanya.
Geli!
Dan gertak kau kali ini
dengan penyapu?
Aku bukan debu, bodoh!
Senang saja kau mahu sapu aku.
Aku bukan bodoh gaya kau,
diam aku bukan aku lupa.
Sedarkah kau Ina?
semut-semut ini: aku melatih mereka.
Cacat mereka tapi kuat.
Kau lihat itu, sungutnya: Tiada!
Aku takut dengar teriakmu,
pasti kau merungut: pasti!
Hingga satu saat kau bongkok,
sorok muka belakang tangan,
tetap enggan kutip sampah nistamu
yang bertaburan serata.
(Ingat Ina, kau kena ingat semua ini.)
KREDIT UNTUK DAYYA. (VERSI 2)
Bulan ramadhan tahun kedua hijrah
Saat terik mentari memanah
Tiga ratus tiga belas tentera muslimin pantang menyerah
Sembilan ratus lima puluh tentera musyrikin alah
Menyaksikan syahidnya para syuhada dan Saidina Hamzah
Berbahagialah mereka bersiar di syurga, Insyaallah.
Badar al kubro
Menenun semangat persaudaraan Muhajirin dan Ansar
dengan benang taat pada Allah
dengan jarum yakin dan iman
menjadi selembar sejarah nan indah
usah dibiar berdebu di dalam khanah.
Lenturlah buluh dari rebung
Ditangguh kelak tiada berguna
Buluh rosak siapa yang menanggung
Berair mata tiada guna
Lenturlah buluh dari rebung
Esok masak lemak cili api
Waspada langkah tika melentur rebung
Jangan cedera diri sendiri
Lenturlah buluh dari rebung
Miang buluh disingkir rapi
Jangan lupa direndam cuka Pak Maung
Bersih rebung sejuklah mata hati
Mereka…
Biar akal terpijak
Iman tercampak
Ilmu berkerak
Mereka..
bertelinga tapi pekak
bermata tapi buta
bermulut tapi bisu
Mereka..
memandang sepi suruhanNya
meninggi hidung apabila senang memayung
menadah tangan apabila susah bertamu
mereka…
meraba-raba dalam gelap gelita
setelah cahaya api menerangi dipadam
suara mereka gegak gempita
Itu ini itu ini…
Tacin Kisah Cinta
Tacin Ini Cinta
Tacin Terlalu Cinta
Tacin Abstrak Cinta
Kita
Cinta Kita
Aku terasa dingin sekali
Saat air menyirami tubuhku
dari kepala hingga ke kaki
Apa semua ini?
Aku terasa panas membakar
bila dipakaikan kain
kain apakah itu?
Aku terdengar Surah Yasin
Aku terdengar esak tangis
Aku terasa ada seseorang mengucup dahiku
Siapa itu?
Aku terasa terapung-apung
Serentak Surah Al-fatihah
Ke mana akan dibawa aku?
Aku terasa bagaikan dihimpap batu-batu
Aku terasa dingin sekali lagi
Aku terdengar namaku dipanggil
Di mana aku?
Ruwaibidhah
Disanjung-sanjung
Dileher bunga dikalung
Orang dusta dibilang orang benar
Orang benar dibilang orang dusta
Orang amanah dibilang pengkhianat
Zaman kini zaman tandus
Hegemoni dihapus
Kebebasan bersuara dilupus
Tik
Tik
Tik
Persis bilah pedang lancip
Tik
Tik
Tik
Detik menusuk sepi..
De
Tik
De
Tik
…………Detik…………
Terhambur darah mereka yang alpa