Halaman

Azam Kita

Unknown 20.06 | , ,

Tahun akan bertukar rupa tapi wajah jiwa kita tetap sama mungkin ada kedut segaris: sebuah tanda memori pahit menggilis. Kita yang tak punya masa masihkah lagi membelai nurani? Sedang anak bangsa terbiar telanjang berlari. Pada tahun rupa nan berbeda kita usir rasa iseng-iseng kita riasi anak dengan puisi cahaya biar dadanya terang beremba. 1130 27122012 Tabir Khaizuran DCA Suba...
Read More

Kepada Pecinta

Unknown 20.00 | ,

Kepada Pecinta: lain taman lain bunganya lain bunga lain baunya 0943 27122012 Tabir Khaizuran DCA Suba...
Read More

Sesumpah

Unknown 20.29 | , , ,

Sesumpah hati hitam pura-pura terlupa pemotret cerita di sebelahnya. 1229 26122012 Tabir Khaizuran DCA Suba...
Read More

Si Tukang Mimpi

Unknown 10.47 | ,

Mereka itu mimpinya tinggi sekali terbang di petala langit ke tujuh. Sayang sayap-sayapnya patah seluruh sedang keyakinan juga meluruh. Ada gusar menjalar di fikiran mereka ada galau menyesah di pundak mereka Pada detik-detik pengakhiran tanah realiti dipijak segan. Mereka itu Si Tukang Mimpi hidup tetapi mati. 0246 26122012 Tabir Khaizuran DCA Subang ...
Read More

Rajuk

Unknown 06.34 | , , ,

Akan kuhilang di balik awanan tiada titisan air mata kuturunkan kerna di sini bersemadi aku tinggallah kamu sendirian di bumi berteman duka, lara dan pilu wahai hati, aku tak perlukanmu. 2220 25122012 Tabir Khaizuran DCA Suba...
Read More

Pertemuan

Unknown 21.32 | , ,

Kita ibarat dua sungai berlainan di Dasu aku biru dan engkau kelabu, sedarlah walau bertemu tak akan berpadu walau tuju kita satu, inilah ketetapan Ilah jelas pada turunnya dua wahyu. Usah sempadan faham dicari kiamat hadir tetap kita begini: aku dengan caraku, engkau dengan gayamu mengalir deras selagi hidup si bumi tetap berpegang pada paksi. Kita  ini digelar pertemuan tak bisa saling bersalaman. 0131 25122012 Tabir Khaizuran Kg Tengah Pucho...
Read More

Dingin malam

Unknown 21.30 | ,

Dingin malam Dengan pandangan sunyi minta ditiduri ah, ranjang kubiarkan engkau hampa! 2342 24122012 Tabir Khaizuran Kg Tengah Pucho...
Read More

Dia bernama Madah dan aku adalah Pujangga

Unknown 21.33 | , , ,

Dialah kekasih kerna hadirnya mereda lara hati kuberikan dia satu nyawa agar sepi lari menjauh pergi. Kupakaikan dia sutera aliterasi tiap pancaindera pasti terpukau kagum dan dia kini berdiri di depanku bersama indah seulas senyum. Dia bernama Madah dan aku adalah Pujangga. 0113 24122012 Tabir Khaizuran Kg Tengah Pucho...
Read More

Kita Peniup serunai

Unknown 21.32 | ,

Ilham berbisik-bisik mencerna irama telinga seakan perakam suara menangkap setiap frekuensi alunan dan hati pun memulakan tarian. Jemari ligat menutupi liang capo ringkik merdu membalas tiap tiupan tersirat peristiwa di bawa fikiran melayang. Kitalah peniup serunai sedang audien tidur lena. 1738 23122012 Tabir Khaizuran Kg Tengah Pucho...
Read More

Gurun Rindu

Unknown 21.32 | , , ,

Berikan aku selautan kata madah biar gurun rindu ini basah. 1200 21122012 Tabir Khaizuran KLIA Main Tow...
Read More

Medan Tatitipta

Unknown 21.31 | ,

Tiap awan-awan gelap adalah saksi tuli medan Tatitipta laskar diksi siaga bahasa genderang ilham sabar dinanti. Tiba masa berhamparanlah mahakarya ada berdarah, ada berluka dan ada keroncong rindu sayang latar musikalisasi puisi hati lara. Medan Tatitipta analogi sunyi dunia perdana. 1958 21122012 Tabir Khaizuran Kg Tengah Puch...
Read More

Rindu Bertamu

Unknown 21.30 | , ,

Pada sela masa rasa bergejolak seakan-akan hati ingin terkopak kerana hangatnya debaran membuak. Pada saat rindu bertamu dan kejauhan adalah pemisah cinta lembaran kelmarin kuselak semula indah saja tertatap di minda. Adakala sendirian daku tergelak terkenang suatu episod ria bunga loceng kauhias di telingaku lucunya, aku seorang botak. Rindu bertamu kapan-kapan pergi, usahlah hingga aku dan dia bertemu menuai kembali kasih lama. 1107 11122012 Tabir Khaizuran Kg Tengah Puchon...
Read More

Wudhuk pengubat amarah

Unknown 21.29 | , ,

Kesempurnaan wudhuk merawat amarahhati yang suci penjaganya adalah Allah. Tabir KhaizuranKg Tengah Puchong2...
Read More

Mencuci Luka

Unknown 21.28 | , ,

Mencuci luka dengan airmata tidak sesekali menghilangkan parut di hati.Tabir KhaizuranKg Tengah Puchong20...
Read More

Di akhir tasyahud

Unknown 21.27 | ,

Di akhir tasyahud ini tertitis jua airmata kepiluan terkenang kerdil lagi hina diri di hadapan-Mu, Yang Maha Suci. Tuhan, telah kurasai sempitnya dihimpit kosong pabila kiblat terpesong aku manusia Engkau cipta mulia dikerling insan bak sarap di parit. Apalah daya, andai Raja mengkehendaki hidayah dilimpahkan pada diingini sementelah waktu masih berbaki kupohon Islam tetaplah di hati sampai nanti nafas terhenti. Tabir Khaizuran 0957 10122012 DCA Subang :Ampunilah hamba, Ya Allah.Saat terlena dek buaian dunia hingga beranduh...
Read More

Melankolik metafora berbayang.

Unknown 21.27 | ,

Dulu hari guru pernah berkata, "Bila terpancar suria, engkau lukis suria. Bila hadir bintang, engkau tunjuk bintang. Bila saat rembulan datang, engkau persis lembu berdengkuran! Di mana melankolik metafora berbayangmu?" Bolak-balik aku di lingkungan bahasa berhenti tercengut minda bawah sedar medula oblongata terasa sengal. Apakah ada simile mengetip makna? 0252 05122012 Tabir Khaizuran SDMC Subang Jay...
Read More

Sesaat selepas hujan

Unknown 21.26 | , , ,

Waktu ini pelangi menyilang di awan gerimis baharu berhenti menari dari ruang petak jendela kaca kita sama menyaksi kebijaksanaan Ilahi di celah-celah kesibukan kota masih ada indah untuk dinikmati. Kurapatkan kelopak mata seketika mendalami hangat renggaman tanganmu terasa seperti ada kasih mengalir, membajai hati milik seorang suami dan dari itu berbunga cinta mekar dengan redha Rabbul Izzati. 0002 05122012 Tabir Khaizuran SDMC Subang Jaya : Cinta indah bila hati suci...
Read More

Marhaban ya Ulfah Nawwarah

Unknown 21.24 | ,

Telah tercatat di Lauh Mahfuz sebuah perjalanan dari sorga turun ke bumi setinggi-tinggi tawaqal kausandar pada Ilahi sebelum nafas pertama kauhembus. Marhaban marhaban ya Ulfah Nawwarah salamun an-nisa mari nikmati kalimah-kalimah suci kutaranum lembut sebagai halwa telinga tuk kaulupakan sejeda kebil-kebil dunia baru dan sepotong doa dari Abimu:- "Allahummal hamhuttakwil wa a'limhulhikmah, Allahumma barik fihi wanshur minhu". Amin ya Rabbal Alamin. 0208 041212 Tabir Khaizuran SDMC Subang Jay...
Read More

Kehadiran

Unknown 21.24 | , ,

Menanti sesuatu digelar "Kehadiran" mengundang sejuta debar bagaikan deburan memecah tenangnya lautan bagi manusia seperti aku singkat waktu seringkali mengulit fikiran. "Abi, ini bernama anugerah", bisikan bakal umi seperti dingin salji. Membeku lengungan impian semalam- melihat sinar terbit dari rahim aku istilahkan sebagai "Kehadiran". 0131 021212 Tabir Khaizuran Kg Tengah Puchong. : Alhamdulillah di atas segala anugerah yang Kau berikan...
Read More

Kita yang terlupa tentang janji tetapi menuntut janji bila mata terlihat yang indah kerana kita sering lupa.

Unknown 21.23 | , ,

Yang terindah tak akan mampu terakam dek mata kerana ianya milik sanubari bertatu pujian pada Ilahi. Kadang mata menipu fikiran yang dikendalikan nafsu kadang nafsu pula membohongi mata, meracuni fikiran dan perasuk mulai berseronok. Lalu kita di sini, masihkah memateri janji? Atau telah luput tentang satu cerita tercatit rapi pada helaian kertas kanji berkepuk di atas gobok mungkin, ya, kita lupa di mana letaknya. Ingatlah si perasuk tak lupakan janjinya! 2342 28112012 Tabir Khaizuran Kg Tengah Pucho...
Read More

Doa buat sebuah pemergian

Unknown 21.22 | ,

Seusai saja gerimis pada kelam lewat malam dalam sembunyi suara tangis masih terkias jua senyum waima perit memalit hati tapi redha tetap mengiringi pemergian bertemu Yang Abadi. Tiada seharum bau Firdausi tiada seindah panorama Raudhah moga di situlah tempatnya kembali moga kembara ditemani kekasih Allah. 0232 28112012 Tabir Khaizuran KG Tengah Puchon...
Read More

Bicara sebuah ceritera

Unknown 21.20 | , , ,

Bicara sebuah ceritera Suatu tika dulu kau pernah bicara: ombak ini akan berhenti pada setiap bulan hamil adalah sebuah ceritera. Ya, percaya benar aku hingga kini diri menanti walau kulit diulit dingin hati terus setia pada bicaramu. 1356 25112012 Tabir Khaizuran Kg Tengah Puchong...
Read More

Di sebalik debu-debu II

Unknown 21.19 | ,

Pinjamkan daku sesaat, saudara tak akan rugi dek sepotong doa:- "hancurkan musuh-musuh Islam, ya Allah porak-perandakan jiwa raga mereka!" Di sebalik debu-debu ada sisa nafas menyelimut pilu. 2247 19112012 Tabir Khaizuran Kg Tengah Puchon...
Read More

Di sebalik debu-debu I

Unknown 21.18 | ,

Di sebalik debu-debu ada esakan yang tersembunyinya senyum terkuntum pada ganjaran nikmat akhirat. 2017 19112012 Tabir Khaizuran KG Tengah Puchong...
Read More

Bila hati seindah taman idaman II

Unknown 21.18 | , ,

Setitis embun di pagi hari nan indah cukup membuat hati insani dingin alangkah mulia peribadi muslim sejati meringan langkah ke rumah Allah. Alhamdulillah di atas segala anugerah dari-Mu Allah, ya Rahim. 19750 17112012 Tabir Khaizuran KG Tengah Puchong...
Read More

Bila hati seindah taman I

Unknown 21.16 | ,

Seindah taman idaman di atas awan seindah itulah hati yang memuji Tuhan saat ditimpa hujan ujian saat berteduh di bawah Ar-Rahman. 0900 09112012 Tabir Khaizuran DCA Suban...
Read More

Mendakap pilu

Unknown 21.15 | ,

Bumi memuntahkan isi isi memakan nurani nurani dibelai mimpi mimpi di hujung masa masa mual dek rencana rencana manusia tiga suku suku mendakap pilu. Tabir Khaizuran 29102012 1032 DCA Suban...
Read More

Karena langkahnya

Unknown 21.14 | ,

Orak langkahnya laksana pendekar Melayu memasak bumi di hujung jari-jemari kadang porak kala menafsir seteru darah tertumpah cuba disedut kembali. 2133 10162012 Tabir Khaizuran Tmn Sri Kenari, Kajan...
Read More

Pada akhir jawaban, kukhabarkan dalam diam

Unknown 21.13 | , , ,

Kemelutku adalah batu-batu yang bersyair pada tengkujuh waktu siang merembang dan susila nan sunyi kusembunyikan pada nanah-nanah bahasa jiwa. Kukhabarkan dalam diam. 1118 15102012 Tabir Khaizuran Kg Tengah B, Puchon...
Read More

Sekeping warkah terbiar

Unknown 21.12 | , ,

Assalamualaikum, saudara-saudari sekalian alam. Kita sering melihat sampah. Tapi yang hanya tahu menghargai akan mengutip, membersihkan dan memanfaatkan kepada kehidupan. Usahlah bising kerana sampah merata-rata sedang kita lupa kitalah sebenarnya sampah. Ah, kita marah digelar sampah. Tapi hakikatnya kitalah penyebab bau busuk itu. Kerana sudah sebati kita lupa kitalah sebenarnya sampah. Dan, suatu hari pasti akan terlupus dan hapus. Yang benar, Warkah terbi...
Read More

Puisku bukan prosa pembakar jiwa

Unknown 21.01 | , ,

Secicip kopi, seribu cerita dan kepul-kepul asap Suriya. "... ini bukan puisi!" Ada keluhan pada erti yang tersembunyi ada rengusan pada diksi yang berlari. "... ini pembakar jiwa!" Tinggal lingkungan sisa kopi dan basa-basi masih berbaki. "Mamak kira!" 04102012 1052 Tabir Khaizuran Kg Tengah B, Puchon...
Read More

Kerana hadirku bukan selalu

Unknown 20.59 | , ,

Hadirku bukan tuk mengemis kata bukan juga tuk menagih mutiara prosa hadirku berdagang isi hati kalau-kalau ada pembeli yang sudi kupohon jangan robohkan geraiku kerana hadirku bukan selalu. Tabir Khaizuran.Kg Tengah Puchong20...
Read More

Segenggam beras, segumpal harapan

Unknown 20.57 | ,

Kocakan di kolam matamu memercik ke wajah nuraniku perlahan gugur duri-duri pada lingkaran emosi- hati ini, ada gurisan yang tertinggal. Ikal rambutmu kusisir lembut agar luruh rasa bulur yang mencengkam tembolokmu sambil kudendangkan qasidah indah sebagai peluntur syahdu lenalah, biarkan mimpi merenggangkan cengkaman. Anakku akan sore ini ayah pulang lagi bersama segenggam beras dan segumpal harapan untuk esok, untuk dirimu. 03102012 1856 Tabir Khaizuran Kg Tengah B, Puchon...
Read More

Bicara Nurani VII

Unknown 20.56 | , ,

Yang terbuku tak semestinya terbukayang terbuka tak semestinya terbukuyang terbuku mungkin akan terbaca yang terbuka sejelasnya dibacakepada pembaca simpanlahkadang rahsia perlu menjadi rahsia...1050 08132012Tabir Khaizur...
Read More

Kolam kecil

Unknown 20.55 | ,

KOLAM KECILUlar, itik, ayam, kambing, kerbau dan lembusemuanya berebut akan kolam kecil. Si ular mematuk bisa Si itik menyudu-nyudu Si ayam melihat saja Kerbau dan lembu bersondol-sondolan Kambing pula dihitamkan. Si ikan penghuni asal menjenguk kepala sekali-sekala. Kolam kecil dulu indah tumbuh-tumbuhan juga mewah angkara telagah sesama warga kolam kecil kini punah. 2345 09112012 Tabir Khaizuran Kg Tengah B, Puchon...
Read More

Bicara Nurani VI

Unknown 20.55 | , , , ,

Ya Rauf, Ya Wadudsemakin aku mengenali-Mu, rindu seakan tiada bertebing lagiBagaimana mampuku tahan gejolak yang mendesak jiwa? Tabir Khaizuran Dca Suban...
Read More

Bicara Nurani V

Unknown 20.54 | , , , ,

Puisi-Mu tiada tandinganbisa membuat hati berputar rasa.Engkaulah Yang Maha Bijaksanapada-Mu kusandarkan asa.Tabir KhaizuranKg Tengah Puchong20...
Read More

Bicara Nurani IV

Unknown 20.53 | , , , ,

Terbelah sunyi dinihari dek sendukuterpancar taubat meniti kalam-Mukupinta sekelumit dari rahmat-Mu ampunilah dosa-dosaku. 1140 09092012 Tabir Khaizuran Kg Tengah B, Puchon...
Read More

Bicara Nurani III

Unknown 20.53 | , , , ,

Sepanjang keberadaankusenantiasa tenang berdamping di hatikalaulah bukan kerana dunia pasti hingga bersemadi aku di sini di rumah-Mu, ya Muqallib Al Qulub, Thabbit Qulubana 'ala Dinik... 1040 09082012 Tabir Khaizuran Kg Tengah B, Puchon...
Read More

Bicara Nurani I

Unknown 20.52 | , , , ,

Gemersik suara muazin di udaramenuntun hati insani ke rumah Allah.Dunia tetap memberatkan langkah kupohon kekuatan-Mu Al-Jabbar. 1436 09082012 Tabir Khaizuran Kg Tengah B, Puchon...
Read More

Untuk esok dan selama-lamanya

Unknown 20.51 | , , , ,

Dan bila esoktika fajar siddiq menyinsingkanku bisikan lagi kata-kata puji pada Kau yang tidak pernah lelah. Selama-lamanya hingga aku ketemu Engkau yang tidak memungkiri janji tiada tuhan melainkan Engkau. Tabir KhaizuranKg Tengah Puchong 2012...
Read More

Allahu Rabbi

Unknown 20.50 | , , , ,

Kupohon mahabah-Mu biarpun setitisagar bisa kujadikan penghidup dian hatipada gelap-gelap dosaku... 09052012Tabir KhaizuranKg melayu suban...
Read More

Secebis rasa

Unknown 20.49 | , , , ,

Secebis rasa dari helaan nafas adalah syukur dari sekelumit kurniaanNya  segala puji kepada pemilik nyawaku.Tabir KhaizuranKg Tengah Puchong2...
Read More

Merdeka

Unknown 20.49 | ,

Merdekanya fikiran?Tanyalah roh yang membawa jasad: Merdekanya fikiran apabila akal berfikir tidak lagi sekadar berpandukan logik tetapi berpandukan al-quran dan sunnah. Malah, setiap kata yg terbutir dari mulut adalah berpandukan akal yang tidak terpengaruh dengan nafsu. Dan, jemari-jemari sentiasa menghasilkan mutiara-mutiara hikmah. Hadirnya diri memberi seribu makna pada insan lain. Merdekanya diri adalah sebuah kemenangan kepada fikiran daripada jajahan nafsu. Merdekanya negara? Tanyalah rakyatnya. ~tabir khaizuran...
Read More

Gua Budak Rebel

Unknown 20.44 | , ,

I Ini bukan puisi dari meditasi ini khayalan mata hati seorang budak rebel mak bapaknya suka membebel. II Pergi sekolah mak pesan tengok papan hitam gua naik bosan belajar Math dalam English gua blur baik lepas gian dengan member stor sukan selalu jadi mangsa. Hari-hari kena rotan punggung gua dah tak hairan janji lepas beban hafal teori bertan-tan. Malam-malam kat rumah mak bawa laki bapak plak taik judi balik pagi gua lepak dengan member jual burger main gitar sama-sama ngurat anak dara. "Kerja rumah sila hantar" Gua ingat...
Read More

Semakin dekat

Unknown 20.38 | ,

Semakin berat semakin sarat hati mati mengangkat pukat- pukat dosa tipu subahat semakin dekat ia semakin dekat. Dalam usik Kau membisik dunia kian tenat kejarlah kejar hingga dapat diingat harus akhirat di belakang alpa semakin rapat. Tuli telinga buta mata dek harta setempurung cuma Kau sinis menitis murka banjaran gunung jadi rata sekadar tuk sedar ia isyarat semakin dekat.Tabir KhaizuranKg Tengah Puchong2...
Read More

Aku pelukis cermin diri

Unknown 20.36 | , ,

Aku bukan siapasiapa hanya pelukis cermin diri kau lihat sekilas, beri erti dari sudut dimensi tidak pasti lalu keliru memburu menyempit ruang ideologimu. Lagi kau meneliti kali ini dari spektrum terbelah dua kauraba imejan mencari makna hampa di akhir, konklusi kauhampar: lukisanku cerita bergegar kekar. Kau puas ketawa bebas merenungku dari bawah ke atas bibir kecilmu mengulas kemas serentak kauhunus pedang puji mujur kupunya perisai rendah diri. Aku bukan siapasiapa hanya pelukis cermin diri. 03002302100 Tabir Khaizuran UPM...
Read More

Mari kita bersama melangkah

Unknown 20.34 | ,

Mari kita bersama melangkah saat muazin melaungkan azan usahlah kita berlengah-lengah usahlah kita dilalaikan dunia usahlah kita memberatkan badan ayuh, menuju rumah Allah. Wahai muslimin dan muslimat, mari kita bersama melangkah memimpin para muhrim membaja pohon pahala hari ini di akhir nanti kita nikmati di sana: di taman penuh hikmah. Wahai saudaraku, wahai sahabatku mari kita bersama melangkah berdoa mencari redhaNya melinang air mata kerana dosa moga-moga terjana sebagai cahaya di sana: di padang hanya Allah berkuasa. 140810...
Read More

Senandung bahulu

Unknown 20.32 | ,

Bahulu kuih kegemaranku aromanya saja menaikkan nafsu mujurlah puasa, alahai kalaulah tidak dah lama kutibai.Oh, baulu air tangan ibukulembut isinya juga gebudicucuk lidi dilihat jadibukan satu, sepuluh tapi. Bahulu orang dulu-duludibakar atas dapur kayusabut kelapa perlu adatempurung kelapa siap segala. Senandung bahulu ramai gadis tak tahuhidangan tradisi zaman berzaman alahai usah dilupakan.Tabir KhaizuranKg Tengah Puchong2...
Read More

Rintihan opera

Unknown 20.25 | , ,

Kala bintang enggan berkelipbulan bercuka wajahtirai pentas berlabuh perlahan. Di sebalik topeng berukir gerimisada nafas berderu lesudan lidah kebas memujimenelan pahit manisan hidup. Panggung ini kian sepihanya gema angin jadi temanaudien lumat dikunyah teknologirintihan opera lena sendiri. 1111 081101Tabir KhaizuranBa...
Read More

Pulanglah

Unknown 20.23 | ,

Kala sore inipadi-padi membisik tarigemalainya adalah rindupada insan bernama anak.Dingin keringatku dicumbu anginkebas kulitku disengat terik mentarinamunketar kuhindar, kudrat kuikhtiarkaki  terus kukuh memaku selutdemiinsan bernama anak. Lupakah wahai anaksawah ini tempat dikau sering berlecahpadi-padi layu dihenjarmuhingga haruan rajuk ke hilir, puyu jauh hati ke hulu?Membiar aku sekadarmerunduk menelan sendu.Pulanglahsementelah tulang belulang ini kian reputjari-jari tua tidak bisa lagi memaut selutwahai insan bernama...
Read More

Untuk mereka yang terluka

Unknown 20.22 | , ,

Kumelodikan tangisan hatisetiap jelma suria pagiagar jiwa siapa bercintagegarlah tercari-cari erti.Kususunkan memori-memori silamhanya terindah hiasi malamdi titik akhir penantian nantimoga hadir pemilik mata bersinar rindudan kutitiskan kata-kata manistiap terik tiap gerimispada hati siapa tergurisharap tumbuhlah senyum tawadari nanah-nanah luka cinta.03042011 2000Tabir KhaizuranUSJ...
Read More

Dulu putih kini hitam

Unknown 20.21 | , ,

Dulu putihengkau sanjung dan kasihasbab suci sinarkan serihidup yang pasti temui mati. Kini engkau pijak putihhitam engkau junjung bersilihkatamu hitam tak mudah terpengaruhtelah terserap ke dalam roh. Sebelum pergiengkau bisik dalam diammatiku bertemankan hitam. 2115 170511Tabir KhaizuranSub...
Read More

Pintu Keluar

Unknown 20.19 | , ,

Bilik gelap tiada pintu lapar, dahaga bau-bau busuk. Aku berkata "Inilah hidup" Kau berdiri tunjuk "pintu keluar". 09122011 1608 Tabir Khaizuran DCA Sub...
Read More

Berhentilah Menangis

Unknown 20.18 | , ,

Sekalipun tangismu di pojok tersorok esakmu tetap berlagu di hatiku betapa kaupaling sembunyikan titis-titis di pipi henjutan bahumu memanggil sayu naruniku. Kuhadiahkan kanvas ini tuk kaujuangkan bersama tinta-tintamu kembalilah kerana cintamuseni dan puisi ini perlu diislamikan. Berhentilah menangisagar bisa setiap prosa menjadi stanzakerna hadirku tidak selalusampai masa mantari bertukar kelabuharusku kembali ke tanah realitiku. Tabir Khaizuran23022012 1110SubangAku:merindukan sesuatu yang hilang,tak mungkin terbalas...
Read More

Qasidah Taubah

Unknown 20.14 | , ,

Sesungguhnya telah kubiarkan tali zalim membelit diri lalu tersungkurlah aku ke lembah orang rugi kukira dosa yang melangit tinggi tapi rahmatmu tak kurang seinci. Kumerintih serelung waktu melihat hitam likat awan-awan dosa bagai ingin menghempap asa kusujud mengemis keampunanmu ya Allah, Zat yang Maha Esa. Terimalah Qasidah Taubahku kutakut akan azab dan seksamu tusukkanlah iman seteguh Kaabah agar hati ini membuak mahabbah padamu ... Ya Allah. Dca Subang 29022012 Tabir Khaizu...
Read More

Denai bahasa dan buah perpaduan

Unknown 20.12 | , ,

Ahmad, Ah Meng dan Siva bersatu hati serta jiwa melangkah ria menerokai denai bahasa dengan tangan kemas tergenggam buah perpaduan dipetik tadi di pohon kemakmuran Ahmad, Ah Meng dan Siva melepas lelah di tebing sungai pertiwi di mana anak desa sibuk mencari rezeki tanpa hirau arus deras teknologi terus mengalir tanpa henti           menghayutkan kolek yang rapuh           melemaskan mereka yang lalai Ahmad, Ah Meng dan Siva menebar...
Read More

Syaitan tak kenal siapa

Unknown 20.01 | ,

Syaitan tak kenal siapa kaum Adam ataupun Hawa bisikannya menjadi halwa telinga menjadikan mereka boneka. Pada mereka yang alpa syaitan tak kenal siapa jeratan yang mengena mengundang azab dan dosa. Satu jari ditunding pada mereka empat jari tunding diri sendiri masih lagi salah menyalah syaitan terus bermaharalela. Syaitan tak kenal siapa Malaikat masih di sisi kita Allah memerhati hambaNya Syurga dan neraka masih menanti penghuninya... Tabir Khaizuran UPM Serdang 1...
Read More

Pohon Hidup

Unknown 19.59 | ,

Pohon hidup rendang mesraberpayung awan raja berdaulatbertunjangkan adat sebenar adatberantingkan semangat muafakatberbuahkan berkatberdaunkan jiwa-jiwa hemat:pucuk muda tunduk hormatpucuk tua ucap selamat.Tabir KhaizuranKg Tengah Puchong 2012...
Read More

Pulanglah Yan

Unknown 19.57 | ,

Yan Sedari kecil kausering kumanja kuturuti segala kau pinta senyum, tangis dan tawa di jiwa ibu adalah cahaya . Menapak ke remaja Yan, kupastikan kau cukup belanja biar biar perut kuikat-ikat asal kau sentiasa afiat membesar seperti anak lain. Yan, Kini kumeniti senja menyusun kenangan di dinding usia kapan kau akan pulang Yan? Kaurawat hati lelaki di Lambok biar ibumu dilukai sepi terperuk. Tabir KhaizuranKg Tengah Puchong Kapasitor MS: Buletin April 20...
Read More

Anak desa di perdu ceri kampung

Unknown 19.53 | ,

pepohon ceri kampung merendang                 Merbah menyanyi riang,                 Wak-Wak mata terpasang,                 Raja Udang merangka serang … pacat juga lintah terus berlindung dalam kumbah selut, telah dijanjikan simbiosis hidup berkongsi habitat bersama belut dan lainnya, … dan anak ikan...
Read More

Aksara rindu

Unknown 10.54 | ,

Kala detik meronta-ronta ingin kembali ke titik asal aku dalam diam merakam aksara rindu yang berterbangan. Kulihat sinarnya bagaikan suria pagi ada lokus yang mencuri pandang dan setiap biasnya menuntun hati. Kurelakan hati turut terbang bersama cinta dikandungnya bersatu dengan aksara rindu menuju ke sebuah daerah baru: syurga...
Read More

Daerah Fikir

Unknown 10.46 | ,

Daerah Fikir Daerah sunyi hanya aku berpuisi di hadapan biri-biri entah pengembalanya di mana mungkin sedang mendaki pelangi. Adakah musang akan merangka serang membaham metaforaku bukannya biri-biri? 0142 266042012 Tabir Khaizuran Puchong &nb...
Read More

Pengikir fikir

Unknown 18.49 | , ,

Bila hati memahat cemburu kata-kata terukir mengikir fikir. 2012 Tabir Khaizuran Puch...
Read More

Memandu Pemandu

Unknown 19.39 | , ,

Kalau kau menaiki kereta hati ingin menuju ke Firdausi kenalilah pemandumu:- Adakah ia nafsu? Kalau benar, kau akan melalui jalan sukar: liku-liku maksiat dan belukar syubhah berhentilah dan tukar. Adakah ia akal? Jika ia, pastikan aqidahmu berada di sisi takut-takut terbabas tika jalan basah dek presipitasi ujian . 1036 16042012 Tabir Khaizuran Dca Suban...
Read More

Puisi edisi hati

Unknown 05.17 | , ,

Sebuah puisi edisi hati kunukil kala ilham bertandang dari rintik-rintik hujan menjentik akal yang sedang berlari. Hati yang kupuisikan ibarat terminal negeri diri penjana peribadi seseri suria terhenti ia sedetik cuma seluruh negeri kegelapan emosi. 2012 15042012 Tabir Khaizuran Puchong ...
Read More

Di hati

Unknown 09.05 | , ,

Saat menitisnya hujan pahit di hati-   dunia berkesot menyempit tidak terlihat dek acuhmu: si pemegang baldi simpati. ...sentiasa hanya Dia di hati. 0004 14042012 Tabir Khaizuran Puch...
Read More

Menjawab jawapan

Unknown 08.53 | , ,

gelap dalam terang kotoran nyata terpampang siapa yang endah? norma manusiawi kini terang dalam gelapasing lagi anehdijeling sungguh jelekdipandang terlalu remeh gelap dalam gelapkakulah akalmatilah hatijawapan dicari tiada terang dalam terangtak terlintas pandangtak dipedulikanhilang sudah fikiran. yang mengendahkan sedang melihatyang memikir mendapat jawapan. 2309 04112012 tabir khaizuran puchong ...
Read More

Cinta Jalan Makrifat I

Unknown 08.15 | , ,

  Jika kau cinta kau pasti tidak akan berasa takut tetapi jika kau takut adakah kau akan berasa cinta? Siapa kata cinta itu akan hadir sendiri? Kalau kau tak berusaha mengenali hingga detik melangkahi waktu, akan matilah hati itu. Tak akan wujud lagi cinta. Indahnya hapus jua. 2312 09042012tabir khaizuranPuchong ...
Read More

Kunci

Unknown 17.07 | ,

Pelbagai pintu hanya satu kau perlu: Sebuah pintu di mana jikalau kau hilang kuncinya, kau tak akan mampu membuatkan ia terbuka selamanya. Sekalipun kauketuk bagai orang bodoh, kaucoba ceroboh maka sia-sia saja usahamu. Kaumerintih dan kelaparan lalu apilah makan minummu. Di kegelapan ini tersedia sudah kompas, tersedia sudah hamparan, dan cahaya yang sentiasa ada di setiap hentian, hanya tinggal langkah ke mana kauorak akan haluannya. Usah...
Read More

Kerana Duit

Unknown 22.30 | , ,

kerana duit suami tertalak cerai kerana duit adik-beradik menetak silahturahim kerana duit sahabat karib mencampak setiakawan kerana duit anak-beranak mencari maut kerana duit anak lupa disusukan ibu kerana duit bapa menggadai agama kerana duit abang melelong adik kerana duit kakak terjual maruah kerana duit peniaga bermata ringgit kerana duit pemerintah jadi buncit kerana duit si miskin mengemis kerana duit teraniaya si...
Read More

Puisi Untuk Kakak

Unknown 23.41 | , ,

Ukhti bergelar suri jauh nun di pojok negeri kausemadikan riamu. Di hatiku menjalar lara tercari-cari derai tawamu ukthi dalam balam-balam bayang semalam tak mudah ketemui sepertinya sehelai rambut ditenggelamkan salji. Waktu telah berpergian meninggalkanku di sini, di negeri dewasa hanya harapanku yang tertinggal pada sepotong surah yang kautaranumkan... “Sesungguhnya engkau (Wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk...
Read More

Puisi Buat Isteri I, II, III

Tabir Khaizuran 12.00 | , ,

Puisi Buat IsteriI Bagaikan perhiasan terindah di syurga kilau nan memukau pandang sesempit ruang hati serasa lapang yang terbutir dari bibir adalah kalimah Hamdalah. II Tersisiplah kasih saat merenungmu seperti senyum menjemput bahagia tersurat dan tersirat ketemu redha, pasti: Cinta kita kerana Ilahi. III Kata-katamu seumpama salji di jemari seketika cuma namun mendingin sanubari, membeku memori di ruangan rindu seorang suami. 0342...
Read More

Monolog untuk kawan

Unknown 19.12 |

Kawanku,masakin itu tidak hina, fuqara juga tidak kejilalu untuk apa kau merintih, mencaci Penciptamu?Dia kan Maha Mengetahui juga Dialah Pemberi rezeki.Siapa Dia dihatimu?Janganlah cintaNya dibalas celaJanganlah rinduNya dibalas benciuntuk apa kesombongan ini kawan?Andai dari Dia kita datang dan kepadaNya kita kembali...
Read More

Dunya

Tabir Khaizuran 18.35 | , ,

Dunya hodoh sekali. Bagaimana manusia tertarik? Terleka melayan cintanya hingga masa semakin tua tak tersedar lagi. Begitu aneh mabuknya. Lelah memuji dunya, dicumbu pula punggung Khanzab dan Zaknabur. Tahan sangatkah api Jahanam? Hingga cintaNya dibiar kelam. Tabir KhaizuranPuchong2012 p/s: langau yang busuk dan bising kadang dapat rezeki lebih ju...
Read More

Rezeki

Tabir Khaizuran 09.09 |

Rezeki yang halal harus menjalani jalan yang sukar namun ia begitu manis bila hasilnya dinikma...
Read More