Tahun akan bertukar rupa tapi wajah jiwa kita tetap sama mungkin ada kedut segaris: sebuah tanda memori pahit menggilis. Kita yang tak punya masa masihkah lagi membelai nurani? Sedang anak bangsa terbiar telanjang berlari. Pada tahun rupa nan berbeda kita usir rasa iseng-iseng kita riasi anak dengan puisi cahaya biar dadanya terang beremba. 1130 27122012 Tabir Khaizuran DCA Suba...
Kepada Pecinta
Kepada Pecinta:
lain taman lain bunganya
lain bunga lain baunya
0943 27122012 Tabir Khaizuran DCA Suba...
Sesumpah
Sesumpah hati hitam pura-pura
terlupa pemotret cerita
di sebelahnya.
1229 26122012
Tabir Khaizuran
DCA Suba...
Si Tukang Mimpi
Mereka itu mimpinya tinggi sekali
terbang di petala langit ke tujuh.
Sayang sayap-sayapnya patah seluruh
sedang keyakinan juga meluruh.
Ada gusar menjalar di fikiran mereka
ada galau menyesah di pundak mereka
Pada detik-detik pengakhiran
tanah realiti dipijak segan.
Mereka itu Si Tukang Mimpi
hidup tetapi mati.
0246 26122012
Tabir Khaizuran
DCA Subang
...
Rajuk
Akan kuhilang di balik awanan tiada titisan air mata kuturunkan kerna di sini bersemadi aku tinggallah kamu sendirian di bumi berteman duka, lara dan pilu wahai hati, aku tak perlukanmu. 2220 25122012 Tabir Khaizuran DCA Suba...
Pertemuan
Kita ibarat dua sungai berlainan di Dasu aku biru dan engkau kelabu, sedarlah walau bertemu tak akan berpadu walau tuju kita satu, inilah ketetapan Ilah jelas pada turunnya dua wahyu. Usah sempadan faham dicari kiamat hadir tetap kita begini: aku dengan caraku, engkau dengan gayamu mengalir deras selagi hidup si bumi tetap berpegang pada paksi. Kita ini digelar pertemuan tak bisa saling bersalaman. 0131 25122012 Tabir Khaizuran Kg Tengah Pucho...
Dingin malam
Dingin malam Dengan pandangan sunyi minta ditiduri ah, ranjang kubiarkan engkau hampa! 2342 24122012 Tabir Khaizuran Kg Tengah Pucho...
Dia bernama Madah dan aku adalah Pujangga
Dialah kekasih kerna hadirnya mereda lara hati kuberikan dia satu nyawa agar sepi lari menjauh pergi. Kupakaikan dia sutera aliterasi tiap pancaindera pasti terpukau kagum dan dia kini berdiri di depanku bersama indah seulas senyum. Dia bernama Madah dan aku adalah Pujangga. 0113 24122012 Tabir Khaizuran Kg Tengah Pucho...
Kita Peniup serunai
Ilham berbisik-bisik mencerna irama telinga seakan perakam suara menangkap setiap frekuensi alunan dan hati pun memulakan tarian. Jemari ligat menutupi liang capo ringkik merdu membalas tiap tiupan tersirat peristiwa di bawa fikiran melayang. Kitalah peniup serunai sedang audien tidur lena. 1738 23122012 Tabir Khaizuran Kg Tengah Pucho...
Gurun Rindu
Berikan aku selautan kata madah biar gurun rindu ini basah. 1200 21122012 Tabir Khaizuran KLIA Main Tow...
Medan Tatitipta
Tiap awan-awan gelap adalah saksi tuli medan Tatitipta laskar diksi siaga bahasa genderang ilham sabar dinanti. Tiba masa berhamparanlah mahakarya ada berdarah, ada berluka dan ada keroncong rindu sayang latar musikalisasi puisi hati lara. Medan Tatitipta analogi sunyi dunia perdana. 1958 21122012 Tabir Khaizuran Kg Tengah Puch...
Rindu Bertamu
Pada sela masa rasa bergejolak seakan-akan hati ingin terkopak kerana hangatnya debaran membuak.
Pada saat rindu bertamu
dan kejauhan adalah pemisah cinta
lembaran kelmarin kuselak semula
indah saja tertatap di minda.
Adakala sendirian daku tergelak
terkenang suatu episod ria
bunga loceng kauhias di telingaku
lucunya, aku seorang botak.
Rindu bertamu
kapan-kapan pergi, usahlah
hingga aku dan dia bertemu
menuai kembali kasih lama.
1107 11122012
Tabir Khaizuran
Kg Tengah Puchon...
Wudhuk pengubat amarah
Kesempurnaan wudhuk merawat amarahhati yang suci penjaganya adalah Allah.
Tabir KhaizuranKg Tengah Puchong2...
Mencuci Luka
Mencuci luka dengan airmata tidak sesekali menghilangkan parut di hati.Tabir KhaizuranKg Tengah Puchong20...
Di akhir tasyahud
Di akhir tasyahud ini tertitis jua airmata kepiluan terkenang kerdil lagi hina diri
di hadapan-Mu, Yang Maha Suci.
Tuhan,
telah kurasai sempitnya dihimpit
kosong pabila kiblat terpesong
aku manusia Engkau cipta mulia
dikerling insan bak sarap di parit.
Apalah daya, andai Raja mengkehendaki
hidayah dilimpahkan pada diingini
sementelah waktu masih berbaki
kupohon Islam tetaplah di hati
sampai nanti nafas terhenti.
Tabir Khaizuran
0957 10122012
DCA Subang
:Ampunilah hamba, Ya Allah.Saat terlena dek buaian dunia hingga beranduh...
Melankolik metafora berbayang.
Dulu hari guru pernah berkata, "Bila terpancar suria, engkau lukis suria. Bila hadir bintang, engkau tunjuk bintang.
Bila saat rembulan datang, engkau persis lembu berdengkuran! Di mana melankolik metafora berbayangmu?" Bolak-balik aku di lingkungan bahasa berhenti tercengut minda bawah sedar medula oblongata terasa sengal. Apakah ada simile mengetip makna? 0252 05122012 Tabir Khaizuran SDMC Subang Jay...
Sesaat selepas hujan
Waktu ini pelangi menyilang di awan gerimis baharu berhenti menari
dari ruang petak jendela kaca
kita sama menyaksi kebijaksanaan Ilahi
di celah-celah kesibukan kota
masih ada indah untuk dinikmati.
Kurapatkan kelopak mata seketika
mendalami hangat renggaman tanganmu
terasa seperti ada kasih mengalir,
membajai hati milik seorang suami
dan dari itu berbunga cinta
mekar dengan redha Rabbul Izzati.
0002 05122012
Tabir Khaizuran
SDMC Subang Jaya
: Cinta indah bila hati suci...
Marhaban ya Ulfah Nawwarah
Telah tercatat di Lauh Mahfuz sebuah perjalanan dari sorga turun ke bumi setinggi-tinggi tawaqal kausandar pada Ilahi
sebelum nafas pertama kauhembus.
Marhaban
marhaban ya Ulfah Nawwarah
salamun an-nisa
mari nikmati kalimah-kalimah suci
kutaranum lembut sebagai halwa telinga
tuk kaulupakan sejeda kebil-kebil dunia baru
dan sepotong doa dari Abimu:-
"Allahummal hamhuttakwil wa a'limhulhikmah, Allahumma barik fihi wanshur minhu". Amin ya Rabbal Alamin.
0208 041212
Tabir Khaizuran
SDMC Subang Jay...
Kehadiran
Menanti sesuatu digelar "Kehadiran" mengundang sejuta debar bagaikan deburan memecah tenangnya lautan
bagi manusia seperti aku
singkat waktu seringkali mengulit fikiran.
"Abi, ini bernama anugerah",
bisikan bakal umi seperti dingin salji.
Membeku lengungan impian semalam-
melihat sinar terbit dari rahim
aku istilahkan sebagai "Kehadiran".
0131 021212
Tabir Khaizuran
Kg Tengah Puchong.
: Alhamdulillah di atas segala anugerah yang Kau berikan...
Kita yang terlupa tentang janji tetapi menuntut janji bila mata terlihat yang indah kerana kita sering lupa.
Yang terindah tak akan mampu terakam dek mata kerana ianya milik sanubari bertatu pujian pada Ilahi. Kadang mata menipu fikiran yang dikendalikan nafsu
kadang nafsu pula membohongi mata, meracuni fikiran
dan perasuk mulai berseronok.
Lalu kita di sini, masihkah memateri janji?
Atau telah luput tentang satu cerita
tercatit rapi pada helaian kertas kanji
berkepuk di atas gobok mungkin,
ya, kita lupa di mana letaknya.
Ingatlah si perasuk tak lupakan janjinya!
2342 28112012
Tabir Khaizuran
Kg Tengah Pucho...
Doa buat sebuah pemergian
Seusai saja gerimis pada kelam lewat malam dalam sembunyi suara tangis
masih terkias jua senyum
waima perit memalit hati
tapi redha tetap mengiringi
pemergian bertemu Yang Abadi.
Tiada seharum bau Firdausi
tiada seindah panorama Raudhah
moga di situlah tempatnya kembali
moga kembara ditemani kekasih Allah.
0232 28112012
Tabir Khaizuran
KG Tengah Puchon...
Bicara sebuah ceritera
Bicara sebuah ceritera Suatu tika dulu kau pernah bicara: ombak ini akan berhenti
pada setiap bulan hamil
adalah sebuah ceritera.
Ya, percaya benar aku
hingga kini diri menanti
walau kulit diulit dingin
hati terus setia pada bicaramu.
1356 25112012
Tabir Khaizuran
Kg Tengah Puchong...
Di sebalik debu-debu II
Pinjamkan daku sesaat, saudara tak akan rugi dek sepotong doa:- "hancurkan musuh-musuh Islam, ya Allah
porak-perandakan jiwa raga mereka!"
Di sebalik debu-debu
ada sisa nafas menyelimut pilu.
2247 19112012
Tabir Khaizuran
Kg Tengah Puchon...
Di sebalik debu-debu I
Di sebalik debu-debu ada esakan yang tersembunyinya senyum terkuntum pada ganjaran nikmat akhirat.
2017 19112012
Tabir Khaizuran
KG Tengah Puchong...
Bila hati seindah taman idaman II
Setitis embun di pagi hari nan indah cukup membuat hati insani dingin alangkah mulia peribadi muslim sejati
meringan langkah ke rumah Allah. Alhamdulillah di atas segala anugerah dari-Mu Allah, ya Rahim. 19750 17112012 Tabir Khaizuran KG Tengah Puchong...
Bila hati seindah taman I
Seindah taman idaman di atas awan seindah itulah hati yang memuji Tuhan saat ditimpa hujan ujian
saat berteduh di bawah Ar-Rahman.
0900 09112012
Tabir Khaizuran
DCA Suban...
Mendakap pilu
Bumi memuntahkan isi isi memakan nurani nurani dibelai mimpi
mimpi di hujung masa
masa mual dek rencana
rencana manusia tiga suku
suku mendakap pilu.
Tabir Khaizuran
29102012 1032
DCA Suban...
Karena langkahnya
Orak langkahnya laksana pendekar Melayu memasak bumi di hujung jari-jemari kadang porak kala menafsir seteru
darah tertumpah cuba disedut kembali.
2133 10162012
Tabir Khaizuran
Tmn Sri Kenari, Kajan...
Pada akhir jawaban, kukhabarkan dalam diam
Kemelutku adalah batu-batu yang bersyair pada tengkujuh waktu siang merembang dan susila nan sunyi kusembunyikan
pada nanah-nanah bahasa jiwa.
Kukhabarkan dalam diam.
1118 15102012
Tabir Khaizuran
Kg Tengah B, Puchon...
Sekeping warkah terbiar
Assalamualaikum, saudara-saudari sekalian alam.
Kita sering melihat sampah. Tapi yang hanya tahu menghargai akan mengutip, membersihkan dan memanfaatkan kepada kehidupan. Usahlah bising kerana sampah merata-rata sedang kita lupa kitalah sebenarnya sampah.
Ah, kita marah digelar sampah. Tapi hakikatnya kitalah penyebab bau busuk itu. Kerana sudah sebati kita lupa kitalah sebenarnya sampah. Dan, suatu hari pasti akan terlupus dan hapus.
Yang benar,
Warkah terbi...
Puisku bukan prosa pembakar jiwa
Secicip kopi, seribu cerita dan kepul-kepul asap Suriya.
"... ini bukan puisi!"
Ada keluhan pada erti yang tersembunyi
ada rengusan pada diksi yang berlari.
"... ini pembakar jiwa!"
Tinggal lingkungan sisa kopi
dan basa-basi masih berbaki.
"Mamak kira!"
04102012 1052
Tabir Khaizuran
Kg Tengah B, Puchon...
Kerana hadirku bukan selalu
Hadirku bukan tuk mengemis kata bukan juga tuk menagih mutiara prosa hadirku berdagang isi hati
kalau-kalau ada pembeli yang sudi
kupohon jangan robohkan geraiku
kerana hadirku bukan selalu.
Tabir Khaizuran.Kg Tengah Puchong20...
Segenggam beras, segumpal harapan
Kocakan di kolam matamu memercik ke wajah nuraniku perlahan gugur duri-duri pada lingkaran emosi-
hati ini, ada gurisan yang tertinggal. Ikal rambutmu kusisir lembut agar luruh rasa bulur yang mencengkam tembolokmu sambil kudendangkan qasidah indah sebagai peluntur syahdu lenalah, biarkan mimpi merenggangkan cengkaman. Anakku akan sore ini ayah pulang lagi bersama segenggam beras dan segumpal harapan untuk esok, untuk dirimu. 03102012 1856 Tabir Khaizuran Kg Tengah B, Puchon...
Bicara Nurani VII
Yang terbuku tak semestinya terbukayang terbuka tak semestinya terbukuyang terbuku mungkin akan terbaca
yang terbuka sejelasnya dibacakepada pembaca simpanlahkadang rahsia perlu menjadi rahsia...1050 08132012Tabir Khaizur...
Kolam kecil
KOLAM KECILUlar, itik, ayam, kambing, kerbau dan lembusemuanya berebut akan kolam kecil.
Si ular mematuk bisa
Si itik menyudu-nyudu
Si ayam melihat saja
Kerbau dan lembu bersondol-sondolan
Kambing pula dihitamkan.
Si ikan penghuni asal
menjenguk kepala sekali-sekala.
Kolam kecil dulu indah
tumbuh-tumbuhan juga mewah
angkara telagah sesama warga
kolam kecil kini punah.
2345 09112012
Tabir Khaizuran
Kg Tengah B, Puchon...
Bicara Nurani VI
Ya Rauf, Ya Wadudsemakin aku mengenali-Mu, rindu seakan tiada bertebing lagiBagaimana mampuku tahan gejolak yang mendesak jiwa?
Tabir Khaizuran
Dca Suban...
Bicara Nurani V
Puisi-Mu tiada tandinganbisa membuat hati berputar rasa.Engkaulah Yang Maha Bijaksanapada-Mu kusandarkan asa.Tabir KhaizuranKg Tengah Puchong20...
Bicara Nurani IV
Terbelah sunyi dinihari dek sendukuterpancar taubat meniti kalam-Mukupinta sekelumit dari rahmat-Mu
ampunilah dosa-dosaku.
1140 09092012
Tabir Khaizuran
Kg Tengah B, Puchon...
Bicara Nurani III
Sepanjang keberadaankusenantiasa tenang berdamping di hatikalaulah bukan kerana dunia
pasti hingga bersemadi aku di sini
di rumah-Mu,
ya Muqallib Al Qulub, Thabbit Qulubana 'ala Dinik...
1040 09082012
Tabir Khaizuran
Kg Tengah B, Puchon...
Bicara Nurani I
Gemersik suara muazin di udaramenuntun hati insani ke rumah Allah.Dunia tetap memberatkan langkah
kupohon kekuatan-Mu Al-Jabbar.
1436 09082012
Tabir Khaizuran
Kg Tengah B, Puchon...
Untuk esok dan selama-lamanya
Dan bila esoktika fajar siddiq menyinsingkanku bisikan lagi kata-kata puji
pada Kau yang tidak pernah lelah.
Selama-lamanya
hingga aku ketemu
Engkau yang tidak memungkiri janji
tiada tuhan melainkan Engkau.
Tabir KhaizuranKg Tengah Puchong
2012...
Allahu Rabbi
Kupohon mahabah-Mu biarpun setitisagar bisa kujadikan penghidup dian hatipada gelap-gelap dosaku...
09052012Tabir KhaizuranKg melayu suban...
Secebis rasa
Secebis rasa dari helaan nafas
adalah syukur dari sekelumit kurniaanNya
segala puji kepada pemilik nyawaku.Tabir KhaizuranKg Tengah Puchong2...
Merdeka
Merdekanya fikiran?Tanyalah roh yang membawa jasad:
Merdekanya fikiran apabila akal berfikir tidak lagi sekadar berpandukan logik tetapi berpandukan al-quran dan sunnah.
Malah, setiap kata yg terbutir dari mulut adalah berpandukan akal yang tidak terpengaruh dengan nafsu.
Dan, jemari-jemari sentiasa menghasilkan mutiara-mutiara hikmah.
Hadirnya diri memberi seribu makna pada insan lain.
Merdekanya diri adalah sebuah kemenangan kepada fikiran daripada jajahan nafsu.
Merdekanya negara?
Tanyalah rakyatnya.
~tabir khaizuran...
Gua Budak Rebel
I
Ini bukan puisi dari meditasi
ini khayalan mata hati
seorang budak rebel
mak bapaknya suka membebel.
II
Pergi sekolah mak pesan
tengok papan hitam gua naik bosan
belajar Math dalam English gua blur
baik lepas gian dengan member
stor sukan selalu jadi mangsa.
Hari-hari kena rotan
punggung gua dah tak hairan
janji lepas beban
hafal teori bertan-tan.
Malam-malam
kat rumah mak bawa laki
bapak plak taik judi balik pagi
gua lepak dengan member jual burger
main gitar sama-sama ngurat anak dara.
"Kerja rumah sila hantar"
Gua ingat...
Semakin dekat
Semakin berat semakin sarat
hati mati mengangkat pukat-
pukat dosa tipu subahat
semakin dekat ia
semakin dekat.
Dalam usik Kau membisik
dunia kian tenat
kejarlah kejar hingga dapat
diingat harus akhirat
di belakang alpa
semakin rapat.
Tuli telinga buta mata
dek harta setempurung cuma
Kau sinis menitis murka
banjaran gunung jadi rata
sekadar tuk sedar ia
isyarat semakin dekat.Tabir KhaizuranKg Tengah Puchong2...
Aku pelukis cermin diri
Aku bukan siapasiapa
hanya pelukis cermin diri
kau lihat sekilas, beri erti
dari sudut dimensi tidak pasti
lalu keliru memburu
menyempit ruang ideologimu.
Lagi kau meneliti
kali ini dari spektrum terbelah dua
kauraba imejan mencari makna
hampa
di akhir, konklusi kauhampar:
lukisanku cerita bergegar kekar.
Kau puas ketawa bebas
merenungku dari bawah ke atas
bibir kecilmu mengulas kemas
serentak kauhunus pedang puji
mujur kupunya perisai rendah diri.
Aku bukan siapasiapa
hanya pelukis cermin diri.
03002302100
Tabir Khaizuran
UPM...
Mari kita bersama melangkah
Mari kita bersama melangkah
saat muazin melaungkan azan
usahlah kita berlengah-lengah
usahlah kita dilalaikan dunia
usahlah kita memberatkan badan
ayuh, menuju rumah Allah.
Wahai muslimin dan muslimat,
mari kita bersama melangkah
memimpin para muhrim
membaja pohon pahala hari ini
di akhir nanti kita nikmati di sana:
di taman penuh hikmah.
Wahai saudaraku, wahai sahabatku
mari kita bersama melangkah
berdoa mencari redhaNya
melinang air mata kerana dosa
moga-moga terjana sebagai cahaya di sana:
di padang hanya Allah berkuasa.
140810...
Senandung bahulu
Bahulu kuih kegemaranku aromanya saja menaikkan nafsu mujurlah puasa, alahai kalaulah tidak dah lama kutibai.Oh, baulu air tangan ibukulembut isinya juga gebudicucuk lidi dilihat jadibukan satu, sepuluh tapi.
Bahulu orang dulu-duludibakar atas dapur kayusabut kelapa perlu adatempurung kelapa siap segala.
Senandung bahulu ramai gadis tak tahuhidangan tradisi zaman berzaman alahai usah dilupakan.Tabir KhaizuranKg Tengah Puchong2...
Rintihan opera
Kala bintang enggan berkelipbulan bercuka wajahtirai pentas berlabuh perlahan.
Di sebalik topeng berukir gerimisada nafas berderu lesudan lidah kebas memujimenelan pahit manisan hidup.
Panggung ini kian sepihanya gema angin jadi temanaudien lumat dikunyah teknologirintihan opera lena sendiri.
1111 081101Tabir KhaizuranBa...
Pulanglah
Kala sore inipadi-padi membisik tarigemalainya adalah rindupada insan bernama anak.Dingin keringatku dicumbu anginkebas kulitku disengat terik mentarinamunketar kuhindar, kudrat kuikhtiarkaki terus kukuh memaku selutdemiinsan bernama anak.
Lupakah wahai anaksawah ini tempat dikau sering berlecahpadi-padi layu dihenjarmuhingga haruan rajuk ke hilir, puyu jauh hati ke hulu?Membiar aku sekadarmerunduk menelan sendu.Pulanglahsementelah tulang belulang ini kian reputjari-jari tua tidak bisa lagi memaut selutwahai insan bernama...
Untuk mereka yang terluka
Kumelodikan tangisan hatisetiap jelma suria pagiagar jiwa siapa bercintagegarlah tercari-cari erti.Kususunkan memori-memori silamhanya terindah hiasi malamdi titik akhir penantian nantimoga hadir pemilik mata bersinar rindudan kutitiskan kata-kata manistiap terik tiap gerimispada hati siapa tergurisharap tumbuhlah senyum tawadari nanah-nanah luka cinta.03042011 2000Tabir KhaizuranUSJ...
Dulu putih kini hitam
Dulu putihengkau sanjung dan kasihasbab suci sinarkan serihidup yang pasti temui mati.
Kini engkau pijak putihhitam engkau junjung bersilihkatamu hitam tak mudah terpengaruhtelah terserap ke dalam roh.
Sebelum pergiengkau bisik dalam diammatiku bertemankan hitam.
2115 170511Tabir KhaizuranSub...
Pintu Keluar
Bilik
gelap
tiada pintu
lapar, dahaga
bau-bau busuk.
Aku berkata "Inilah hidup"
Kau berdiri tunjuk "pintu keluar".
09122011 1608
Tabir Khaizuran
DCA Sub...
Berhentilah Menangis
Sekalipun tangismu di pojok tersorok esakmu tetap berlagu di hatiku betapa kaupaling sembunyikan titis-titis di pipi henjutan bahumu memanggil sayu naruniku.
Kuhadiahkan kanvas ini tuk kaujuangkan bersama tinta-tintamu kembalilah kerana cintamuseni dan puisi ini perlu diislamikan.
Berhentilah menangisagar bisa setiap prosa menjadi stanzakerna hadirku tidak selalusampai masa mantari bertukar kelabuharusku kembali ke tanah realitiku.
Tabir Khaizuran23022012 1110SubangAku:merindukan sesuatu yang hilang,tak mungkin terbalas...
Qasidah Taubah
Sesungguhnya telah kubiarkan
tali zalim membelit diri
lalu tersungkurlah aku
ke lembah orang rugi
kukira dosa yang melangit tinggi
tapi rahmatmu tak kurang seinci.
Kumerintih serelung waktu
melihat hitam likat awan-awan dosa
bagai ingin menghempap asa
kusujud mengemis keampunanmu
ya Allah, Zat yang Maha Esa.
Terimalah Qasidah Taubahku
kutakut akan azab dan seksamu
tusukkanlah iman seteguh Kaabah
agar hati ini membuak mahabbah
padamu
... Ya Allah.
Dca Subang
29022012
Tabir Khaizu...
Denai bahasa dan buah perpaduan
Ahmad, Ah Meng dan Siva
bersatu hati serta jiwa
melangkah ria
menerokai denai bahasa
dengan tangan kemas tergenggam
buah perpaduan
dipetik tadi di pohon kemakmuran
Ahmad, Ah Meng dan Siva
melepas lelah di tebing sungai pertiwi
di mana anak desa sibuk mencari rezeki
tanpa hirau arus deras teknologi
terus mengalir tanpa henti menghayutkan kolek yang rapuh melemaskan mereka yang lalai
Ahmad, Ah Meng dan Siva
menebar...
Syaitan tak kenal siapa
Syaitan tak kenal siapa
kaum Adam ataupun Hawa
bisikannya menjadi halwa telinga
menjadikan mereka boneka.
Pada mereka yang alpa
syaitan tak kenal siapa
jeratan yang mengena
mengundang azab dan dosa.
Satu jari ditunding pada mereka
empat jari tunding diri sendiri
masih lagi salah menyalah
syaitan terus bermaharalela.
Syaitan tak kenal siapa
Malaikat masih di sisi kita
Allah memerhati hambaNya
Syurga dan neraka masih menanti penghuninya...
Tabir Khaizuran
UPM Serdang
1...
Pohon Hidup
Pohon hidup rendang mesraberpayung awan raja berdaulatbertunjangkan adat sebenar adatberantingkan semangat muafakatberbuahkan berkatberdaunkan jiwa-jiwa hemat:pucuk muda tunduk hormatpucuk tua ucap selamat.Tabir KhaizuranKg Tengah Puchong
2012...
Pulanglah Yan
Yan
Sedari kecil kausering kumanja
kuturuti segala kau pinta
senyum, tangis dan tawa
di jiwa ibu adalah cahaya .
Menapak ke remaja
Yan,
kupastikan kau cukup belanja
biar
biar perut kuikat-ikat
asal kau sentiasa afiat
membesar seperti anak lain.
Yan,
Kini kumeniti senja
menyusun kenangan di dinding usia
kapan kau akan pulang Yan?
Kaurawat hati lelaki di Lambok
biar ibumu dilukai sepi terperuk.
Tabir KhaizuranKg Tengah Puchong
Kapasitor MS: Buletin April 20...
Anak desa di perdu ceri kampung
pepohon ceri kampung merendang
Merbah menyanyi riang,
Wak-Wak mata terpasang,
Raja Udang merangka serang
… pacat juga lintah terus berlindung
dalam kumbah selut, telah dijanjikan
simbiosis hidup berkongsi habitat
bersama belut dan lainnya,
… dan anak ikan...